Ikan Masak Masam Manis.
>> Friday, October 23, 2009
Tak pernah terfikir nak letak gambar lauk pauk yang aku masak di blog ini. Mungkin pernah sekali dua letak gambar masakan, tapi itu kek.
Memandangkan perasaan aku mudah terganggu dengan tekanan rakan sebaya, tercabar betul apabila Aini suka sangat letak gambar lauk pauk yang dimasaknya. Aku bakal menjadi seorang surirumah terkemuka, sepatutnya lebih hebat dalam bidang masakan. Bukannya Aini!
Ho ho.
Jadi, lihatlah dunia. Lauk yang kumasak semalam.
Selalunya resipi ikan masak masam manis digunakan untuk ikan siakap, kerapu, bawal dan seumpamanya. Tapi semalam, bahan mentah semua dah habis. Yang ada di dalam peti ais adalah filet ikan yang beku kejung. Buntu otak apa yang boleh aku buat dengan ikan ni. Biasanya ditambah di dalam bubur atau dikukus bersama perahan limau nipis, tapi hanya aku seorang sahaja dalam keluarga ini yang berminat dengan masakan sihat seperti itu. Mat Tabligh pula berpuasa sunat hari khamis, mesti dia mengharapkan sesuatu yang istimewa di atas meja untuk berbuka puasa.
Hantam sahajalah, dan beginilah hasilnya.
Resipi:
1. Lumur ikan dengan garam dan tepung kastard.
2. Setelah minyak betul-betul panas (point yang sangat penting supaya tepung tak menyerap terlalu banyak minyak dan ikan tidak melekat di kuali), goreng ikan dengan api sederhana, dan angkat apabila salutan tepung kekuningan dan kelihatan rangup.
3. Tumis hirisan bawang, bawang putih dan lada merah.
4. Masukkan setengah cawan sos cili, setengah cawan sos tomato, sesudu sos tiram dan sedikit air.
5. Titiskan sedikit kicap manis jika anda suka [untuk rasa lemak manis dan warna masakan yang lebih menarik].
6. Tambah perasa seperti sedikit garam dan gula.
7. Setelah kuah menjadi pekat, tutup api. Tuang kuah di atas ikan hanya apabila hendak makan untuk mengekalkan kerangupan kepingan ikan.
Hasilnya bagaikan memakan tempura ikan yang rangup di luar, manis dan lembut di dalam bersama kuah masam manis. Bak fusion food gitu ehem.
8 comments:
kan hari tu dah keluar statement maut kat aini, ada org tu makin rajin masak.. wah, macam terkena batang hidung kau pulak ek.. heheheh
go go surirumah!
lepas ni agaknya ada housewife tunjuk resipi karipap pusing =)
kak tini, kat bawah ni (LG1) MPH buat sale untuk staf TM. banyak buku chef hanielza situ..ko nak ke, ehehe. hari ni last day tau
resipi godeh google je nyehehehe.
tapi bestnya sales buku. ada chic lit books versi bahasa melayu tak? need to improve my writing.
PTS kan novel cinta islami :P
ada, banyak...kat bawah ni
rugi pula tak cekup buku taufiqurrahman selasa lepas, hari ni dah tak ada..uwa
cintan cintun tak minat maaa. minat chic lit ala meg cabot :-)
ingatkan k.ida sorang jer yg rasa tercabar tgk gambar2 masakan aini, ada gak org lain rasa tercabar yek.. masa rasa tercabar tu kan, satu2 resepi macam2 posisi ambik gambar.. hubby pon tumpang galok sekali ambik gambar masakanku utk menggamatkan suasana blog memasak..last2 semua gambar2 tu terperap dlm folder gambar yg x akan berhabuk punya sebab malas nak menulis dlm blog..hihi
p/s: terbongkar
tertinggal pulak..
p/s: terbongkar rahsia tercabar tgk gambar2 masakan kat blog aini..:D
hahaha K.Da K.Da. Yang tak tahan tu, abe amre pon join sekaki :lol:
Post a Comment