Konflik Seorang Surirumah dan Kucing Jalanan.

>> Monday, October 26, 2009

Kucing-kucing jalanan tu patut berterima kasih dengan aku, bukan? Aku sentiasa saja memberi mereka makan. Akan kuletakkan makanan di tepi pagar, dan mereka boleh datang bila-bila masa yang mereka mahu. Jika aku terlupa, mereka akan menunggu di pagar putih itu dengan pandangan mata berkaca, membulat dan sayu. Ah kucing, mereka memang pandai mengampu!

Jadi salahkah aku mengharap mereka membalas jasaku? Aku tidak minta lebih, sekadar JANGAN BUANG SISA-SISA BADANMU DI KAWASAN RUMAHKU! Tidak perlu menanda kawasan, tidak perlu beritahu semua orang bahawa kau berkuasa kerana rumah ini akan sentiasa menjadi kawasan aku OK? Aku akan sentiasa berkuasa di sini.

Mengerti?

Sedang aku membebel begini, Jenny berkata, "Kucing tu kan bukan manusia, manalah dia tahu berfikir."

Amboi amboi Jenny. Sudahlah kau datang main game di laptop aku, ada hati nak mengata aku?

:lol:

4 comments:

aida 10:05 am  

dey, kalau CD dah datang... can you inform me maa.. aku kena tinggalkan feedback kat seller

Ummu Auni 10:45 am  

HAHAHA. pandai jenny :D

tinidewi 11:25 am  

Da, dah sampai hoho. Tu tengok gambar.

Lynn 12:44 am  

mereka akan menunggu di pagar putih itu dengan pandangan mata berkaca, membulat dan sayu. Ah kucing, mereka memang pandai memanipulasi!

Reminds me of Puss in Boots in Shrek 2. Hahahaha!

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP