Lagi Lagi CD!

>> Tuesday, October 20, 2009

Aku sedang melayani Maryam yang sedang bahagia kekenyangan apabila kedengaran bunyi hon berkali-kali.

Hisy sapa pulak tu. Bising je. Mesti datang nak pick up jiran-jiran. Tak pun lori sayur.

Tin! Tin! Tin!

Aik dia hon lagi? Makin galak pulak tu. Eh eh... bunyi macam depan rumah aku je. Takkanlah aku ada visitor kot? Siapalah sudi melawat mama berpantang ni. Tapi kalau ada orang datang nak ajak aku ke Midvalley, apalah salahnya. Lagi-lagi yang drive kereta Iswara Aeroback Hijau Metalik tu :-p

Cop. Aku ada order barang from ebay lah! Ntah-ntah dah sampai kot. Kuintai melalui tingkap bilik. Yes! Van Poslaju!

Segera kucapai jubah coklat dan tudung ala ariani coklat, dan melompat keluar. Tersengih-sengih bila kubaca alamat pengirim, Shijiazhuang Hebei China. Buka sahaja bungkusan terus sms Aida.

Yiha brg darangan dah sampai! Hilang akal aku sekejap wakakaka.

Macam mana tak hilang akal? Nah. Tengok la sendiri.



Wah tak sabarnya aku nak pakaikan CD ni pada Maryam. Lebih-lebih lagi yang bercorak Blue Monkey dan Spongebob. Baby-baby lain tentu cemburu!

Aku juga tak sabar nak belikan 16 CD untuk SIL yang baru saja melahirkan. Baby girl jugak. Ah sebenarnya aku nak pow beberapa CD untuk tambah koleksi. Sebabnya brand itu ada warna putih. Memang kucari-cari CD berwarna putih plain. Klasik sekali!

OK la. Aku perlu berhenti di sini. Cerita pasal kegilaan CD memang tak habis. Ada banyak kerja-kerja rumah yang perlu dibuat sepanjang hari. Hey, susah rupanya jadi suri rumahtangga tau! Lebih penat daripada kerja pejabat yang berhawa dingin.

11 comments:

Lynn 11:35 am  

Eh siapa "yang drive kereta Iswara Aeroback Hijau Metalik tu"? Cun tak?

hehehehe

Ummu Auni 3:27 pm  

isk aku rasa nafsu shopping hang makin menggebu2 semenjak jadi housewife ni
kah kah

tinidewi 4:02 pm  

Lynn,
Sapa ek? Ala.... dia tu malu-malu skit. Ambik gambar tutup-tutup muka gitu.

Ummi Auni,
Takpe beb. Shopping benda yang menjimatkan aku at least RM1600 di kemudian hari. Itu baru anak sorang. The next, next, next baby nanti. Pergh penjimatan beb! Bab hadiah kat org tu, takpe... tak menghabiskan rezeki, tambah lagi ada :-)

aida 4:27 pm  

amboi hint terang-terangan tu midvalley...

anyway, aku pun nak hadiah CD hokayyy

ShaFiAti 5:22 pm  

http://clothdiapers-n-all.blogspot.com/2009/10/october-double-giveaway.html

tini, ko taknak join ker? dpt adiah CD ni..heheh

tinidewi 5:38 pm  

aida,
ehem.... OK nanti ko cakap kaler apa nak.

su,
NAK NAK NAK. korang jangan masuk OK? biar aku sorang je masuk and menang wakakaka.

Najah Farahin 12:04 am  

tini,
akak pun nak bersalin gak ni. nak adiah CD gak. muahahaha (tak malu)
-kaknajah-

tinidewi 8:18 am  

hehehe no probs. tapi tunggu berjaya bidding dulu OK?

ShaFiAti 11:44 am  

hahaha....tape..aku kasi can kat ko la tuk menang sbb aku mmg tak layak masuk kots..takde anak pakai CD..hahahah

ecah 12:06 pm  

Salam..

Kak Tini and all mammas..

Terjumpa promotion ni..

CD Coolababy..Babyland Printed sume...satu RM28..dpt 2 insert lagi.

Check it out at:

http://mamaekal.blogspot.com

saya nak beli 10 terus(tunggu gaji masuk nih)..valid sampai 30 November 2009...sapa beli 5 keping CD keatas..dpt hadiah misteri =)

jommmm beli...-

tinidewi 1:19 pm  

psstt cah. kak beli laaaaaggiii byk from ebay wakaka.

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP