Set Bersalin Ambar Kenanga.
>> Saturday, October 17, 2009
Aida fikir aku ada banyak masa untuk menulis tentang set bersalin. Tidakkah dia tau aku mempunyai jadual yang padat sebagai seorang surirumah yang berjaya? Bermula seawal pagi untuk menyediakan bekalan sarapan dan menyediakan anak-anak ke sekolah, kemudian berehat-rehat sebentar [baca:tidur] sehingga Numbers bermula jam 8, diikuti dengan Crime Scene Investigation, kemudian Early Edition, seterusnya Amazing Race......
Oh aku tidak sepatutnya melebih-lebih di situ kerana suami pembaca blog ini. Tidak En.Ahmad, saya mengetahui jadual rancangan AXN melalui laman web Astro. Percayalah.
Ngee.
OK ini dia set bersalin Ambar Kenanga. Nampak besar? Jangan tertipu dengan gambar. Semasa Aida mula-mula datang ke ofis dengan set bersalin ini, aku hampir terkesima. Adeh comel lote la sangat kotaknya. Anggaran kotak ayam KFC bahagi dua, atau mungkin besar sedikit dari kotak Big Mac. Di dalamnya ada empat botol berpenutup kuning yang kiut miut, dua peket plastik yang mengandungi enam biji pil, dan sekeping kertas yang menerangkan cara-cara penggunaan. Ya, itu sahaja. Tapi mungkin juga, kecil-kecil cili padi :-)
Tahap disiplin aku seperti biasa i.e. langsung tak berdisiplin. HAHA. Jadi mungkin keupayaan sebenar set bersalin ini tidak dapat dirasai. Tapi masih ada beberapa points yang boleh dikongsi bersama.
Aku hanya bersemangat di awal berpantang. Sekembali dari hospital, amalan tiga hari pertama dituruti. 2 biji pil tuju darah dan 2 biji pil IBU kutelan di waktu pagi, dan 2 biji pil tuju meroyan dan 2 biji pil IBU di waktu petang selama 3 hari berturut-turut. Kemudian, hanya ambil 2 biji pil IBU di waktu pagi dan petang. Tapi, aku terpaksa mengurangkan pengambilannya apabila Maryam sudah ada tanda-tanda kuning, dan seterusnya berhenti terus apabila Maryam dimasukkan ke hospital pada hari ke-6 sehingga Maryam dibenarkan pulang ke rumah pada hari ke-20+. Setelah itu, barulah aku berani mengambil semula pil IBU. Itu pun kadang-kadang makan, kadang-kadang tidak.
Kesannya, dengan izin Allah, minggu yang pertama ketulan-ketulan darah keluar dengan bergayanya. Minggu kedua, normal flow. Minggu ketiga, ala-ala hidup segan mati tak mahu. Minggu ke-empat, spot sahaja yang nampak. Aku tersangat musykil kerana dengan anak pertama, nifasku melebihi had waktu i.e 60+ hari dan anak kedua, ngam-ngam saja. Setelah berjumpa dengan Dr.Marsita pada hari ke-30 dan membuat ultrasound, dia mengesahkan rahimku sudah bersih dan cantik terletak di tempat yang sepatutnya. Mungkin kerana amalan tiga hari pertama yang bertujuan memulih, membersih dan mengeluarkan saki baki darah-darah kotor disamping mengecutkan rahim.
Juga, pertama kali dalam sejarah hidup, pagi ini aku mendapat period yang pertama selepas melahirkan anak ketika masih dalam waktu pantang. Kebiasaannya, aku boleh solat penuh kira-kira setahun selepas melahirkan, atau selepas berhenti menyusukan anak. Ah aku baru berkira-kira dapat jimat wang tanpa perlu beli tuala wanita :-p
Aku juga difahamkan set bersalin ini sesuai untuk ibu yang bersalin normal, melalui pembedahan hatta wanita keguguran. Malah, anda boleh mula mengambil set bersalin ini bila-bila masa selama anda masih dalam jangka setahun selepas melahirkan. Unik bukan?
10 comments:
apa lagi, bid la cloth pad kat ebay tu, environmental friendly gak.. ahahahaha. seriusly, takkan babynya sorang je nak berenvirnment friendly, maknya pun boleh hapaa
p/s: ku tau mu banyak masa.. hehehe
cis tak guna kau Da. Aku mula rambang mata dengan cloth pad la pulak. nampaknya aku perlu ada akaun ebayku sendiri.
ada org mesia jual murah gak. Nnt aku cari linknya. Kalu x silap, tauke yg jual snuggbaby tu jual cloth pad with good price. Hehehe
amboii sejak2 meninggalkan kan T* tercinta..bnnyk betul masa nak blogging yer..
hmm..rasanyakan..saya blom kasi aidha la utk baby nie..
kalo adiah newborn fotoshoot nak?
amacam ok?
Yuzie,
Ngeeee NAK NAK NAK. Ngaa mulalah tak malu teeheehee. Lagipon, memang teringin sgt buat photoshoot dengan Yuzie. Gambar cantik-cantik.
Cuma.... malulah. Rumah takde spot yang cun :-(
ala spot tu bisa di atur bukk..objeknya baby..since baby maryam pun CD nyer bnyk yg cun2.
pandai2 la saya nanti..ok..jadi ek?
umah tini dkt2 je kan dgn anex?
nanti kita arrage time..opis hours pun bley hehehehe (biasa la org T*..bley ajer kuar sesuka ati).
memandangkan yuzie dah offer, apalah daya saya ingin menolak. tak sanggup rasanya menghampakan harapan yuzie. teehee.
rumah dekat banget yuzie. kawasan pj hilton tu je. ppsstt nanti emel yek? emel TM punya. rasanya dalam jam 11 aci kot. Maryam paling cun & wangi time-time tu la. baru lepas mandi!
tini,
set bersalin tu berapa rm?
baca testimonial tini, mcm best. nak try la
-kaknajah-
oho murah sajork set bersalin tu. semenanjung RM150, sabah sarawak RM170. tapi mcm mana nak beli, kena tanya Aida. dia yang belikan hari tu.
kak najah nak ke? nanti call saya ek... ada kan my phone number. biasanya saya call reseller directly
Post a Comment