Donning The CD.
>> Friday, October 16, 2009
Ha inilah dia rupanya CD. Oh maafkan mama, sayang. Bukan niat mama untuk dedahkan gambar porno kamu di sini.
Buat masa sekarang, CD agak besar untuk Maryam sebab CD memang di design untuk fit newborn sehingga age potty training. So untuk newborn nampak besar la skit. But dun worry, bukaan di kaki still ngam-ngam dan tidak bocor.
Walaupon secara logiknya kita perlu kerap menukar CD kerana ia lebih basah dan lembap berbanding disposable diapers, tapi saya rasa macam sama je. Malah kadang-kadang rasa rugi pakaikan disposible diapers sebab newborn kuat poo. Once Maryam dah crot, nak tak nak terpaksa tukar sebab tak selesa dan tidurnya terganggu. Yang tension tu bila seminit lepas tukar, dia crot sekali lagi. Ada kalanya crot tiga kali berturut2. Tiga huggies terbuang begitu sahaja. So rasanya lebih jimat menggunakan CD. Malah, saya perhatikan Maryam lebih selesa memakai CD kerana tidak gatal dek nappy rash.
Untuk menjimatkan penggunaan CD, saya pakaikan dua inserts. Satu microfiber inserts yang dibeli bersama CD, dan satu lagi lampin kain biasa yang dilipat memanjang. Jika lampin layer pertama sudah basah, saya hanya keluarkan layer pertama. Saya juga menggunakan nappy liner. Jadi jika Maryam crot berkali-kali tanpa wee wee, saya hanya perlu tukarkan nappy liner. Kos nappy liner hanya RM16 untuk 150 helai. Kos CD around RM40 (harganya lebih murah kalau anda berjaya bidding di ebay). Selalunya pembelian CD akan disertakan dengan satu insert. Lampin kain biasa kalau tak silap berharga RM20+ untuk sedozen.
Saya kira-kira saya sudah berbelanja around RM400 untuk 14 CD (termasuk 8 CD yang menang bidding ebay semalam hehe). Bandingkan dengan kos pembelian disposable diapers selama dua tahun, RM2000 mungkin? [Anggaran 2 kali pembelian diapers sebulan berharga RM40 selama 2 tahun] Investment yang berbaloi bukan?
Mungkin anda akan kata, ada lagi kos air & eletrik. Ehem saya tinggal di Selangor dan saya tak pernah bayar bil air sejak pilihanraya yang lalu. Bil elektrik? Ala.... skit sangat untuk dicuci. Tak berbaloi nak masuk mesin. Basuh tangan saja lorr. Dan jika kamu kira sumber semula jadi yang dibazirkan ketika production of disposable diapers juga faktor masalah persekitaran untuk pelupusannya, itu lebih-lebih lagi membimbangkan.
Amacam? Sudah tertarik?
11 comments:
aku tak ada anak kecil nak pakaikan CD, haha
kak tini, citer pasal breastpump lak... akakakka, maklum ler, kena mentally prepared jadi housewife, so kena lah citer barang2 yang dalam rumahmu itu
alo sister, ko kan experts dalam breastpump. breastpump aku murah sajork, hok manual. sebab dah aku duduk rumah kan, pekejadah nak beli yg mahal-mahal muahahaha.
gitu bg testimoni set bersalin hokay
kak dewi..cepat kering ke cd tu..kalo satu hari pakai 4 helai..mau2 kena get ready 10 cd..nursery agaknya nak ke kalo anak pakai cd ni
feraku sayang [dormate ku kah ini?],
kalau cuci mesin, cepat la keringnya. kalau cuci tangan & kuasa perahan tangan anda di tahap so-so mcm kakakmu ini, dua hari baru kering wahahahaha. cop, cd cepat je keringnya... yang lambat kering is the insert. tapi itu ada solutionnya, time emergency ko ganti ler insert dengan kain lampin biasa yang dilipat-lipat rectangle memanjang gitu.
bab nursery tu tak pasti pulak. ala ko goda2 la pengasuh kat situ dengan matamu yang bundar itu :-p
some brand sediakan bag so ko boleh instruct pengasuh untuk masukkan je CD yang kotor dlm bag tersebut. balik rumah ko buang "ain" atau omputih kata poops, then campak dlm mesin basuh. wash, rinse, dry and then ko sidai ler before pegi ofis esoknya.
ooooo..that CD...heheh *blushing* - can I delete my prev comment? *still blushing* heheh..
x rugi letrik ke basuh cd alone guna washing machine? rasanyer sure taleh campur ngan baju2 lain ye dak?
kalo basuh tgn malas la plak hmmmmm
rasanya depends on the machine jugak la kot. kalo mcm mesin aku hok 13kg tu, agak la kan ruginya kalau basuh mesin. but kalo guna 6 kg or 7 kg rasanya takde la rugi sangat sebab dekat half loaded jugak tu. you can actually campur CD dengan baju baby yang lain. but kenalah buang ain nya dulu. nak senang guna nappy liner la... just buang the nappy liner je, dah boleh campak CD dalam mesin.
but my personal opinion, mama bekerjaya susah skit la nak guna CD ni. kalau nak guna jugak, kena beli banyak la CD nya. around 18 CD gitu. unless kalau you can really disciplined yourself to wash everyday. but then, kena amek faktor weather kita la pulak. mcm mama duduk rumah ni, kitorang boleh angkat kain di jemuran kalau hujan :-)
but as a mother, we always want the best for our kids kan? Mcm fully breastfeed. Punya la payah nak perah, stok EBM and all, tapi kita sanggup buat and it is all worth it I believe.
saye kerja.n guna cd n lampin biasa selang seli utk anak. tkde hal,org tua2 kate ..nak seribu daya,tk nak seribu dalih..;)
Dewi mane kau beli nappy liner harga RM16 tu? brand ape? kat mane beli..aku tengok miabambina (sp?) punye harga RM25.. aku nak beli utk baby la..sekarang my son mmg pakai CD tp bile kat rumah je..kat taska aku tak sampai hati babysitter basuh bersih bile die berak..
sori ak ubertanya soalan, ubkannye beri komen.. =)
anyway, hidup CD & breastfeeding! =)
Post a Comment