Tentang Cloth Diaper & Penyusuan.
>> Thursday, October 15, 2009
Semalam bukanlah hari yang baik untuk menyidai pakaian. Semua cloth diaper dan inserts di ampaian tidak kering. Memandangkan Baby Maryam cuma ada 10 cloth diapers, hanya tinggal 2 sahaja yang kering dan nampaknya hari ni terpaksa pakai disposable diapers yang tak environmental-friendly itu. Ya, aku pencinta alam sekitar.
Takpe. Aida dah tolong bidkan 8 lagi CD di ebay. Harap-harapnya berjayalah!
Semasa menggunakan CD, aku discover satu keajaiban ciptaan Tuhan. Mungkin tampak remeh, tapi aku rasa ia benar-benar menakjubkan. Mula-mula aku tak percaya. Dalam FAQ penggunaan CD ada mention not to worry about poop stains because the sun will remove it. Biar benar? Tapi memang benar. Tak kira stain kecik ke stain besar, cahaya matahari akan menghilangkannya. So tak payah pon berus beria. Sekadar dua tiga kali berus, bilas, jemur dan biarkan matahari lakukan selebihnya. Wah, senang bukan? Aku memilih untuk basuh tangan saja untuk selamatkan dunia dari penggunaan elektrik dan air yang melampau.
Psstt... kedekut sebenarnya. Nak jimat bil :-p
Selain itu aku juga kedekut nak beli susu tepung. Jadi susu ibu that's it. Oh anda mesti dah selalu dengar tentang kebaikan susu ibu kan? Tapi biar aku berterus terang, kebanyakan keputusan aku banyak berkisar tentang penjimatan. HAHA.
Tapi ada sedikit kekecewaan di situ. Tak banyak yang dapat diperah. Hanya 2 oz sahaja. Adakah susuku memang sedikit? Atau pam tak cukup power?
Psst... kawan-kawan seofis, nampaknya tak payah la korang belikan breast pump sebab aku dah beli. Silalah hadiahkan benda best yang lain. CD bercorak-corak kartun yang kiut umpamanya :-p
5 comments:
Tapi ada sedikit kekecewaan di situ. Tak banyak yang dapat diperah. Hanya 2 oz sahaja. Adakah susuku memang sedikit? Atau pam tak cukup power?
-sebab baby maryam still in the house with you, bila pergi kerja baru susu itu banyak sebab baby maryam is at the nursery, and you at the office.. common sense la wei
wa pun sgt2x mencintai alam sekitar dan sentiasa pot pet pot pet to org2 yg tidak pandai menghargai alam sekitar spt buang bahan2 kimia bertong2 n merata2, kilang2 buang bahan2 x terpakai dlm sungai, bla, bla, bla.. termasuk to anak2 and hubby yg suka baling tisu selepas saja melangkah keluar dari kereta....tapikan wa nak cakap wooo dari anak sulung sampai yg bongsu, semua pakai disposable diapers.. heheh.. senang lepas pakai buang saja!
oh, by the way akak ni asalnya org kampung dari hulu, CD tu apa yek? Cam menarik jer, maklumla anak akak semuanya teruna, kecik2 n comot2, nak menyental kena guna kuasa tangan cap lima jari, x hilang pulak tu..
p/s: forgive me for my 'weng' brain lately due to virtual school punya penangan that I told my hubby, one of the 'fius' in my brain dah nak putus..hihi..
cloth diapers :)
Da,
Yay! Hari ni pam dapat lebih skit dari 4 oz. Satu achievement bagi aku.
K.Ida,
Mmg terserlah ke'weng'an mu. Cuba beristighfar byk2.
Post a Comment