Breastpump Medela Swing.
>> Saturday, December 12, 2009
Saya masih berhutang ulasan breastpump Medela Swing dengan mama dalam pantang kita ni.
Saya berkunjung ke rumah Aida pada hari cerita berkenaan BP manual Anakku ditulis. Tak pasti sama ada dia telah membaca posting itu, di mana saya telah berkata
Tapi yelah, kadangkala tu malas juga nak mengepam dengan tangan. Ada juga teringin hands free.
Tapi sejurus sampai di rumahnya, terus disorong Medela Swing lamanya kepada saya. Macam dah siap-siap letak di tepi sementara menunggu kedatangan kami [yang berjanji jam 4 tapi jam 6 tak sampai-sampai!]
Wah wah. Terkadang saya rasa macam saya ni salah seorang kembarnya sebab kami berdua saling memahami dan selalu saja boleh mengagak apa yang ada di fikiran masing-masing. Sebab saya memang berura-ura nak kecek Medela Swingnya itu! ^_^
Saya terus mencuba Medela Swing pada keesokan harinya di pejabat. Saya terlupa bawa selendang panjang, lalu selendang seorang anak dara cun telah menjadi mangsa [sehingga hari ini]. Selendang itu dipakai memenuhi dada untuk menutup sebarang aktiviti yang tidak sepatutnya dilihat oleh orang awam hehehe. Untuk mengepam secara bebas tangan, saya menggunakan dua getah yang diikat. Kemudian, satu disangkut pada muncung BP dan satu lagi disangkut pada cangkuk pakaian dalam. Pada mulanya saya terkial-kial juga. Alah bisa, tegal biasa ^_^
Saya mendapati Medela Swing mengambil masa yang lama untuk merangsang let down reflex. Itu sesuatu yang melecehkan kerana Aida sudah berpesan supaya segera menekan satu butang apabila susu mula keluar supaya susu tidak bermasuk ke dalam tiub. Tunggu punya tunggu susu tak keluar. Tapi apabila proses sudah bermula, ianya berjalan dengan lancar :-)
Oleh itu, saya fikir adalah lebih baik sekiranya kita merangsang sendiri let down reflex sebelum menggunakan Medela Swing. Err... rasanya tak perlu lah diterangkan di sini bagaimana caranya. Jika anda ingin tahu, boleh email saya secara peribadi hehehehe.
Oleh kerana bunyi motornya yang agak kuat, agak memalukan untuk menjalankan aktiviti walau di dalam cubicle saya. Di sebelah saya ialah seorang pengurus lelaki, dan di hadapan saya pula ada dua orang penolong pengurus lelaki, seorang baru saja berkahwin dan seorang lagi masih bujang. Pada percubaan pertama saya, mereka terpinga-pinga sambil menoleh ke arah saya. Untuk menghilangkan malu, cepat-cepat saya cari lagu-lagu yang boleh di pasang. [Ketika itu barulah saya tahu suami saya telah meletakkan satu folder khas untuk bacaan ayat-ayat suci Al-Quran hehe] Tapi sekarang saya sudah tak kisah. Keperluan anak saya lebih penting. Bukan begitu? ^_^
Kebaikannya, saya boleh mengepam secara bebas tangan sambil meneruskan pekerjaan saya seperti biasa. Kerana ralit bekerja, tak terasa masa berlalu. Oleh itu, kita tidaklah tertekan mahukan susu keluar dengan cepat dan banyak. Pastikan anda letak sapu tangan di bawah dada supaya susu tidak meleleh membasahi baju. Tompokan susu di kemeja formal anda sungguh tidak menarik :-)
Medela Swing juga mempunyai kuasa sucking yang lembut di mana N tidak terasa sakit. Malah tak rasa apa-apa pun sehingga saya terpaksa mengintai untuk pastikan ada aktiviti sedang berlaku di bawah sana. Bos saya juga cukup risau kalau-kalau susu saya sudah lebihi botol tanpa disedari. Dia yang tolong tengok-tengokkan. [Ya, saya dengan selambanya menjalankan projek semasa berbincang dengan beberapa orang yang lain di dalam biliknya, tapi jangan risau.. semuanya perempuan]
Namun saya fikir, sekiranya saya punya masa, saya lebih suka menggunakan BP manual Anakku saya itu sambil membaca buku di surau.
11 comments:
tk baca pn blog k tini ari tu. Ke kita ada kuasa psikik? Power ek, hihi. Masa pakai swing dulu, tk buat keje opis pun. Baca buku gak time tu
kak tini ni gi umah aida tak sama ngan sy..kalau tak bole borak2 ngan u hihi..sy gi ptg smalam
my kes , sy pump kat own cube gak..motor ameda sy letak dlm lemari so tak dgr sgt + psg lagu..even tgh sy pump ramai je budak laki mai meja nk discuss koje, depa ttau sy tgh pam hihi
Da,
aku dah kata, mungkin kita ni sebenarnya kembar! terpisah selama setahun hahaha.
Farra,
Ahem review ameda ada penah tulis?
best lak baca testimoni medela ni..aritu tgk gak punya set..aduhai teringinnyer nak beli.
efisyen betul peyusuan zaman skang ni.
tapi bila lah plak nak dpt baby nie..
pernah review ..ni dia : http://dmnfarra.blogspot.com/2009/08/ameda-and-cd-in-action.html
ehem yuzie... boleh la start merancang sekarang kuikui. zahra pon dah besar dah tu.... lama2 sgt nanti jadi diva :-p
farra,
dah baca review. erm berapa RM ye ameda tu?
ku jawab bagi pihak farra, rm 800 kan kan kan?
709 without beg..masuk beg buruk tu 800, baik beli dr ebay! dpt original ameda yg ada lubang blkg boleh cucuk terus ke plugg..argh bonci den tade beg cunnnn
nak beli beg cun, carik dekat carrefour je dei. dulu ada satu beg tu aku jadikan beg barang dagangan jual tshirt. ada ke patut potential customer berkenan nak beli beg tu pula? nak je aku cakap, beg ni beli kat careefour je kak kuikuikui.
oh ya i know which bag.. yg letak tshirt muslimah tu kan?
salam...
akak, mcm mana akak buat medela swing tu jadi freestyle ye? ikat getah mcm mana? boleh tolong illustrate x... tq
Post a Comment