Bumbo Babysitter.
>> Thursday, December 10, 2009
Farra mengharapkan testimoni tentang bumbo babysitter, dan memang sejak kebelakangan ini, saya suka memberi ulasan :-)
Sudah pastinya saya membeli bumbo babysitter empat tahun yang lalu kerana faktor kecomelan. Ini evidencenya:
Ketika itu harganya RM180. Agak mahal untuk produk yang mungkin hanya dipakai oleh seorang bayi sebulan dua sehingga dia mula bosan duduk memerhatikan dunia dan ingin belajar merangkak untuk aktiviti penjelajahan yang lebih mencabar. Tapi fakta itu tidak menghalang keputusan saya saat terpandangnya di Sogo. Adakala seorang ibu boleh jadi tidak rasional asalkan bayinya lebih comel dari yang lain :-p
Jangan salah sangka. Saya langsung tidak menyesal. Saya membelinya untuk anak yang kedua, dan saya pasti Tuhan akan memberkati saya dengan beberapa orang anak lagi. Insya Allah ia akan menjadi pelaburan yang berbaloi. Apatah lagi bumbo ini telah pergi ke beberapa rumah yang lain sepanjang empat tahun dan beberapa bayi sudah mendapat pengalaman bumbo mereka :-)
Sebagai seorang ibu bekerjaya dan tidak mempunyai pembantu, saya benar-benar menghargai bumbo. Ada banyak kerja yang perlu dilakukan di rumah dan kita tidak boleh mendukung anak sepanjang masa. Bayi pula tidak suka hanya terbaring. Lebih menarik duduk atau baring dengan bahagian atas lebih tinggi sambil mata mereka meliar melihat sebarang pergerakan.
Tapi jangan terlalu berharap. Bayi mempunyai attention span yang pendek. Bersyukurlah jika dia seronok duduk di bumbo memerhatikan anda memasak di dapur selama satu atau setengah jam. Jika dia sudah mula merengek, cari idea lain untuk mengalihkan perhatiannya. Contohnya letakkan bayi di baby bouncer atau baby carrier yang mempunyai pemegang yang boleh ditarik ke atas dan ikat kain, sudu-sudu yang diikat dengan benang, mobile yang mengeluarkan bunyi atau apa sahaja yang boleh bergerak ditiup angin.
Setiap kali ada kenduri kahwin yang perlu dihadiri, saya akan membawa bumbo bersama supaya saya boleh letak Fatimah di atas meja, sambil saya menikmati hidangan yang sedap-sedap dengan tenang. Sudah pasti, ramai yang berhenti di meja untuk memuji kecomelan anak saya hehehehehe. [Ya, itulah tujuan sebenarnya :-p]
Empat tahun sudah berlalu, tempat duduk ini masih berkeadaan baik dan saya berpeluang [tak sabar-sabar lagi] menayang bayi saya yang seterusnya iaitu Maryam ^_^
2 comments:
anak tak ngidam apa2..ibu yg kebih2 haha...hmm now berat ke arah tidak membelinya..memikirkan bby yg dh start guling2 nih...
pelaburan akak berbaloi la beli dr anak 1st..btw, tq for the review :)
bby mmg kiut dok dlm bumboooo
bulan depan nak hapdet gambar maryam pulak duduk dalam bumbo nyehnyeh.
Post a Comment