Sudah Jatuh Ditimpa Tangga.

>> Wednesday, December 09, 2009

Ingat gambar stok susu beku yang saya tayang-tayang dulu? Semua tu dah tinggal kenangan. Dua malam yang lepas, Fatimah membiarkan pintu freezer terbuka semalaman. Kejadian disedari hanya setelah suami bangun solat Subuh.

Ye, Fatimah Azzahra yang tulah. Budak sama yang rosakkan Creative Multimedia speaker dan tuang air ke atas laptop Dell.

Sudahnya, pagi-pagi lagi saya sibuk pindahkan susu yang mencair ke bahagian bawah. Tapi takde gunanya juga sebab pengasuh inform pagi tadi yang Maryam asyik crot crot sepanjang hari semalam. Nampaknya susu-susu tu semuanya terpaksa dibuang. Tsk.

Dah la lambat, bila naik kereta, tayar pancit la pula. Aduuuhhh.... terpaksa naik lrt. Masuk ofis dah jam 9 pagi. Tambah lagi stress kena submit and present proposal pada Management.

Tapi alhamdulillah. Hari ni proposal saya diterima dengan begitu mudah sekali. Saya dah ready nak gaduh sekali lagi dengan EVP, tapi tak perlu gaduh pun. Habis saja presentation saya, terus diapprove.

Mungkin dia terpesona dengan tudung saya yang marvelous hari ni. Penuh glitter gitu ^_^

6 comments:

aida 4:53 pm  

usaha mummy usaha!!!

tinidewi 11:35 pm  

huhu tensi mak!

Farra 6:36 am  

kesiannnn huhu

tinidewi 10:37 am  

memang sadis.

YUZIE AMIR 11:26 am  

geram je kat fatimah tu yer..sebbaik la mama dia ibu yg lemah lembut gitu..
agaknyer kalo dgn saya mau dah kena tengking heheheh

tinidewi 12:50 pm  

fatimah tu memang. kalau mama dia yang marah, boleh je dia selamba. siap tahan-tahan gelak lagi. tapi kalau kena marah dgn abah dia, merajuk! siap hempas-hempas pintu, kunci pintu lagi....

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP