Breastpump Manual Anakku.

>> Sunday, December 06, 2009

Seperti dijanjikan, kita berkongsi cerita tentang equipment utama iaitu breastpump. Jeng jeng jeng..... inilah dia breastpump ku yang tercinta ^-^


Bukan Avent, bukan Medela, hatta Ameda. Ini jenama tempatan saja. Sempena kempen 'Belilah Barangan Buatan Malaysia'. Untuk pengetahuan semua, kini jenama Anakku sudah mula berkecimpung dalam pasaran barangan penyusuan. Selain breastpump manual, mereka juga ada mengeluarkan breastpump yang menggunakan bateri. Tapi saya cheapskate. Beli yang paling murah hoho. Harga breastpump ini selepas diskaun ahli Kelab Anakku lebih kurang RM51+-. Harga sebenar tak ingat pula saya.

Menurut officemate, breastpump saya ni ada sebijik sejiban breastpump Avent. Ahem tak tahu pula tentang tu. Kalau sama, hehe beruntung la saya. Harganya murah berganda-ganda :-p

Bahagian-bahagian breastpump [ada satu bahagian yang tiada iaitu plastik yang diletakkan di corong untuk stimulate pengeluaran susu]:


OK mula-mula masukkan parts yang berwarna putih ke dalam parts plastik ni:


Kemudian, masukkan parts tadi ke dalam bahagian utama seperti ini:


Seterusnya cucukkan plastik berbentuk muncung ni ke dalam lubang di bahagian bawah part utama:


Kemudian, pasang handle seperti begini:


Wah dah siap!


Boleh digunakan dengan mana-mana botol yang mempunyai saiz opening yang normal. Sungguh menjimatkan space Coleman saya. Untuk setiap sesi selama 15 minit, Insya Allah saya boleh dapat 4 oz. Itu pun kalau tak stress :-(

Tapi yelah, kadangkala tu malas juga nak mengepam dengan tangan. Ada juga teringin hands free. Lagi best, dual pumping pula tu. Maklum saja, saya pengurus yang sibuk. Baru naik pejabat, dah masuk gear lima!

13 comments:

aida 1:35 pm  

sebijik cam avent.. hoho, berbaloi beli berbaloi makk!

p/s: dah test ke medela swing semalam tu? insya Allah boleh kurangkan lenguh tangan. kalau dapat letdown, cepat2 tekan button gambar titis susu tu.. nanti kalau terlambat, termasuk tubingnya pula

tinidewi 2:37 pm  

dah test! nantikan review ku ^_^

aku rasa memang agak berbaloi aaa BP anakku ni sebab very efficient. banding dgn harganya... berbaloi balooooiiii...

aliss 1:26 pm  

hehhehe. saya tak berjaya guna manual. tangan saya jd lenguh dan sakit2. Last2 saya beli spectra. Hak yang paaaallling murah. Haha. Alhamdulillah.. cukupla bekalan untuk maryam sampai hari ni. tapi kan akak.. susahlah EBM ni.. sokongan tak berapa kuat. Nasib baiklah ada en suami.. terubatla sikit.

aida 1:54 pm  

ina, kan akak buat post camna nak maintain or increase EBM.. sebab kes awak ni sama macam akak masa breastfeed no 3 dulu

Farra Da Smiley 3:16 pm  

huhu tiru aventkah anakku ini? murah pon murahh bagus2

tinidewi 4:55 pm  

Ina,
Tsk. Macam mana boleh takde sokongan ni? Masuk la Kelab kami hehe. Takpun join www.susuibu.com. Situ ramai yang boleh bantu ^_^

Eda,
Ha tulis tulis jangan tak tulis.

Farra,
Itulah pasalnya. Sama je efficientnya dengan avent. I loike.

Anonymous 8:45 am  

mmg sebijik la dgn avent punyer.. sy beli last 2 years ago rm200..

tini trg

p!nkerton 10:33 am  

salam kak tini, sy bloghop ke sini thru blog kak farra :)
sy baru tau pasal breastpump anakku ni bila baca entry akak ni. mintak permission nak link kan kat blog saya boleh? saya tgh survey nak beli 2nd pump :)

tinidewi 4:08 pm  

ok no prob nak link :-)

Anonymous 9:33 am  

plastik berbentuk muncung saya hilang!:( mn nk cari spare part ek

FeezaEadi 10:21 am  

Saya lak xsuka pakai pam ...suka pam dengan tangan jer...br jer beli...sekali guna jer...if sesiapa nk beli leh tel or sms sy di 017-3385357 (Fiza)

Cekgu Norazimah 12:27 am  

memang murah ek? tgh cari gak breastpump bateri yang murah wat pump dkt sekolah..kt umah mmg guna spectra...BEST !! hehe

Hinggahujungnyawa89 11:51 am  

Sy de satu mcm ni beli dkt.sogo..ade sale....brand anakku..harga betol rm140..diorg jual half price.now satu komponen yg muncung tirus segi tiga tu hilanng..huhu..agak2 ade jual x komponen tu?x bley pump la.klu xde bende tu..huhu

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP