Bayi Perut Kembung.

>> Monday, January 18, 2010

Ibu-ibu dan bapa-bapa sekalian tentu pernah melalui hari-hari yang tak-tertanggung-stresnya dek tangisan bayi bernada tinggi tanpa henti. Kadang tu rasa nak menjerit pun ada. Check punya check, oh baby kembung perut rupanya. Aha macam mana cara check tu? Senang je. Tepuk-tepuk perut baby, kalau tegang semacam siap ada bunyi hollow macam tong dram, kembung perut la tu namanya.

Selagi kita tak setel masalah ni, selagi tulah baby tak berhenti menangis. Ibu-ibu bapa-bapa pun jangan harap la dapat tidur. So tak dapat tidak, issue ni perlu diberi perhatian total.

OK macam mana nak pastikan baby tak kembung perut?

1. Mandi air suam. Lagipun, baby memang tak suka air sejuk.
2. Lepas dah selesa dan wangi, masa untuk berurut dengan minyak bayi. Nak lagi syok, guna minyak spesel untuk tidur yang selesa. Johnson ada jual produk ni OK? Yang penting, urut tapak kaki dan perut. Usap saja dengan lembut. Bukan urut ala-ala kaki terseliuh :-p
3. Pakai stokin sepanjang masa. Paling tidak, malam wajibul pakai stokin. Kalau ikut kitab penjagaan baby ku yg dah nak berkecai, kena pakai complete set tangan dan kaki gitu. Omputih panggil boots and mitten.
4. Kalau menyusu badan, maknya kena la jaga makan. Jangan la mengada nak minum ais memanjang. Lepas tu, kalau ikut mak ai, makanan semalam langsung takleh sentuh.

OK kak, baby ai dah kembung perut ni, macam mana nak buat?

1. Guna la minyak telon atau minyak yuyi untuk mengusap perut baby dengan lembut dari bahagian kanan ke kiri. Nak lagi best, usap ala-ala huruf S seperti aliran usus kita.
2. Sendawakan baby. Ada bermacam cara, tapi secara personal, cara yang paling efektif adalah dengan meletakkan perut baby di tulang bahu kita, dan tepuk-tepuk bahagian dada belakang baby.

Kalau semua cara di atas tidak relevan dan bayi masih menangis dengan hebat, cuba ini:

Dengan menggunakan ibu jari anda, tekan ibu jari kakinya dengan kuat. Cuba kedua-dua belah.

Jika bayi berubah menjadi tenang ketika anda melakukan perkara di atas dan sambung nangis selepas anda melepaskan ibu jari kakinya, nampaknya ada "elemen luar" yang telah menyebabkan bayi anda kembung perut. Insya Allah mudah saja cara nak menyelesaikannya. Keywordnya, yakin.

Dukung bayi anda dan bacakanlah ayat kursi kepadanya. Setelah habis bacaan kursi, hembus ubun-ubunnya.

Insya Allah bayi anda akan kembali tenang dan akan tidur selepas itu. Tak hapal ayat kursi la kak... Itu tak dapek la ahkak nak menolong OK? Pandai-pandai sendiri la dah jadi mak bapa orang ni.

Jika anda mendapati anak anda sentiasa tidak selesa dan kembung perut, ada kemungkinan "elemen luar" tersebut masih wujud dan bersembunyi di dalam urat ketika anda membacakan ayat kursi kepada bayi anda. Seeloknya berjumpalah dengan pakar untuk membuang "elemen luar" tersebut secara permanent. Atau, rajin-rajinlah beramal kat dalam rumah tu :-p

Semoga info ini bermanfaat.

8 comments:

y@tipruzz 8:04 am  

firas dulu time kecik 2-3x kena 'elemen luar'tuh. tp lepas jumpa ustaz alhamdulillah ok. Baru saya tahu tips yg akak tulis tuh :)

tinidewi 9:37 am  

ahaaa. baby memang mudah kena. sebab tu la kalau nak berjalan, naik kereta je kita terus baca doa naik kenderaan. then, bila balik rumah, kita mandikan baby / lap-lap badan. my mom selalu remind sesapa yang berjalan jauh, jangan terus masuk bilik tengok baby. at least basuh kaki ke ambik wudhuk ke.

Nida 3:27 pm  

Alhamdulillah, anak k.ida keempat2 x penah alami kembung perut..mmg buat cam tini cakapla, sapu minyak kat perut, tapak kaki n labu betis (ni petua umi k.idala..letak minyak pada labu betis ni 'org tua' pun boleh buat time 'org tua' kembung perut..)baby n pakaikan sarung kaki n tangan all the times. Baby kan kerap 'tutt', pastu biasanya cuci ngan air paip biasa ajer, tiap kali lepas lap mmg sapu minyak kat perut n tapak kaki pastu pakaikan sarung kaki. Tapi, k.ida guna minyak kampung ajek yg dijual oleh tukang urut family k.ida yg kami panggil 'Mok Mah' n minyak urut baby tu lebih dikenali dgn nama 'Minyak Mok Mah' hihihi..

tinidewi 1:34 pm  

salam mek dubai ^_^
wah gapo dio tu labu betih? kawe tok gheti labu labu betih ni. labu hok kaler oren tu kawe tau ler :-p

glamer laaa Mok Mah tu hihihi... tempat kawe takdok Mok Mah. yang ada Mok jonson en jonson jah :-p

Nida 3:45 pm  

kikikik..labu betih tu mek belake betih laaa hok lembut tu, betih alek atah@depe keras oghe kelate panggil 'tule keting' kalu x silap la... sapula minyok panas kat situ kalu mek sedighi ghaso kembung perut gak.. (cakap gayo Mok cik jual minyok)

Nida 3:47 pm  

Buke mek 'dubai'laa, x dok dubai, dok di saudi..panggila 'Minoh Arab' mudo sikit jange panggil 'Mok Arab', tuo jah bunyi..

Farra Da Smiley 10:43 pm  

wah wah ala ala paed la kak tini ni :p good2

tinidewi 11:28 pm  

ai minah saudi toksir ngaku doh tuo.. ngangkut anok penuh so keto hihihi. tapi kawe pun mudo lagiiiii walaupun umo 3 pulohe doh.

farra, ehem ni bukan paed lagi dah. ada unsur-unsur misteri lagi. ngee. BTW, lupa mention pasal barut perut. nantilah edit.

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP