Ameer After Two Months.

>> Tuesday, February 23, 2010

"Eh, Ameer nampak lain lah."
"Lain macam mana?"
"Kurus. Muka pun coklat skit."
"Hehe. Ameer jalan kaki pegi sekolah."

JALAN KAKI?

Eheh. Nampak terkejut benar mereka. Maklum saja, belum ada lagi anak-anak belah sana yang berjalan kaki ke sekolah. Naik bas sekolah pun tidak. Kebanyakannya ada chauffer. Pergi dihantar balik dijemput.

"Ala, tak jauh pun. Dekat je sekolah dengan rumah pengasuh. Tini kecik-kecik dulu pun jalan kaki juga."

Takpe la anak sulung. Biar macho sikit ^_^

p/s: Baju uniform yang ketat dua bulan lepas dah jadi terlalu gedoboh untuk Ameer. Nampaknya parents dia pun kena start berjalan kaki untuk rampingkan perut-perut yang boroi!

3 comments:

Ummu Auni Afif 4:46 pm  

amboi, dah pandai diet ek kecil2 :D

Leila Daniel 12:22 pm  

bagus jalan kaki ni..but xtra cautious la eh..skrg ni mcm2 jadi..

tinidewi 12:35 pm  

yup. betul tu. skrg ni mcm2. yg parents hantar depan pintu pagar pun kena kidnap.

ameer ada geng jalan kaki pergi/balik sekolah. siap ada 2 org bodyguard. akak darjah enam sorang, abang darjah 4 sorang :-)

aini, mana ada dia diet. tu kena paksa jalan kaki lah! hari tu dia komplen juga, "Mama cakaplah dengan cikgu, tak payah bawak buku banyak-banyak."

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP