Best Friends.

>> Wednesday, February 24, 2010

Tidak dinafikan, semasa zaman muda-muda, kita mempunyai ramai kawan. Bukan setakat kawan perempuan, kawan lelaki pun ada. Kadang tu, ada yang teman rapatnya lelaki. Bukan apa, orang lelaki ni tak banyak songeh. Tak payah nak jaga hati dia sangat. Kalau kawan perempuan, sokmo merajuk sokmo kena pujuk hehe.

Tapi...

Selepas berkahwin, wajarkah seorang suami atau isteri mempunyai teman rapat dari gender yang berbeza?

Untuk kita bincangkan bersama.

12 comments:

Ummu Auni 10:54 am  

tidak sama sekali!

tinidewi 12:21 pm  

pendapat aku, boleh ada kawan rapat lain gender tapi terbatas kepada sekadar bertukar-tukar pendapat untuk meneliti sesuatu issue dari point of view seorang lelaki. kita kan datang dari planet yang berbeza. kalau dapat suami jenis payah nak explain his point of view, tanya la lelaki lain. bak kata suamiku, alaaa lelaki ni lebih kurang je perangainya, tak kira yg bujang, yg married, yg muda atau yg tua. ada dua trait wajib, ego dan gatal, bezanya level of severity sahaja :-p

ini pun terbatas sekadar tanya pendapat saja. sesi luahan perasaan tak aci. esok lusa kang terjatuh perasaan pulak.

kalau dah tahap setiap aktiviti pun nak buat berdua, pegi makan sama, pegi keje sama, waktu weekend pegi jalan-jalan sama, apakehelnyaaaaa. TIDAK sama sekali.

Milky Way 12:25 pm  

i like best friend of opposite gender...at least i can see other man than my husband! hahahaha...

pompuan pun boleh juga at least ada geng gosip, sopping, MAKAN...tapi slalu kalau yg dah der anak dgn yg takde anak ni waktu2 kurang best friend session hehehe...sbb satu friend busy w anak2 nya...

tinidewi 12:31 pm  

aku cakap dengan mirul. ko tu dah la menduakan dia dengan armand.

psstt ko pegi ke java jazz?

Milky Way 1:50 pm  

aku dah lama tak balik kg ni hahaha...sejak kawin ni nak balik kg halaman jakarta agak kemalasan sikit hahaha...dah pakai tudung ni aku auto sedar diri ah...dulu lupa diri dgn senang nyaa hihihi

aida 7:15 pm  

aku lepas kahwin, mufis bagi gak contact quite a few of my good frens from the opposite gender. tapi mmg belasah jer cakap, aku kan jenis ganaz.. angkat telefon jer terus cakap "hello... pekabo ko skrg?" dengan nada yang ala-ala pompuan gangster. tu mufis tak risau sangat. tapi ada la batasnya.

aku lak, kalau ada kawan mufis yg pompuan tegur kat FB, pas tu tgk cun pulak.. aku lak berasap asap.. kahkah

tapi kawan baik mufis yang pompuan, baik ngan aku.. satu usrah. so ok la kann.. some more arwah kak shiqin tu pun one of his best friends.

tapi betul katamu, kalau ada bestfren pompuan ni leceh sikit. kita kena pujuk cam kita 'boyfriend' dia plak.. dia dok citer masalah, kita lak rasa resah. aku tak boleh la ada best fren nak meluahkan masalah dunia maha hebat yang menimpa dia.. selalu sgt dgr kisah sama, aku dah cam masuk tinge kanan keluar tinge kiri.

ops sorry panjangg

sikulat 9:06 am  

susah nak comments.. lain orang lain caranya..

Ada yg boleh berkawan baik with lain gender.. but still wifey/hubby still the best of all friend.. But to some.. they become confuse.. with then lead to persoalan spt.." did I love him/her more than..." aaa sudah..

sudah terketemu beberapa kes..

Makanye.. sangat sukar tajuk ini..

tinidewi 9:36 am  

sikulat, kalau banyak sgt spend masa dengan best friend opposite gender, tu yang jadi lagu tu. apa-apa pun kita kena tahu apa yg sesuai, apa yang tak sesuai. mcm weols kat ofis ni, borak beria tapi still geng makan, kalau lelaki, lelaki saja, perempuan perempuan saja. never berdua lelaki perempuan. naik kereta pun, sanggup tu duduk belakang even nampak gaya cam pak supir & bosnya saja. sebab masing-masing nak jaga hati suami/isteri & tanak org lain buat anggapan yg bukan-bukan. mula-mula kita rasa takpe, nothing will happen, takkan ada perasaan etc., but feelings develop over time, so better jgn mulakan.

Da, ahaaa kalau nak ada best fren laki, suara ko confirm tak boleh mendayu-dayu kuikuikui. Kalau cik mad, confirm kening dia dah bentuk arca! :-p

psst, masa time sekolah rendah dulu, aku cukup lemah nak berkawan dgn budak2 pompuan. skit-skit merajuk, skit-skit mengadu, buat salah skit, tanak kawan, lepas tu siap buat geng-geng lagi. apa kes? mujur kawan2 stf aku ganaz ganaz belaka. masa kat MMU ada jugak yg style geng geng ni :-p

ahmadini 8:15 am  

agama dah kasik jalan. ikut jeler :P apa pun mencegah tu lebih baik dari mengubat, itulah konsep islam sebenarnya. supaya manusia tak menyesal akhirnya.

Aku setuju dgn sikulat, its a very complicated issue sebab manusia ni macam2 perangai. personally, kalau korang ni jenis minah jiwang & mudah fall in love, elakkan ada kawan laki. cuma kadang ada gak special case where minah gangster pun boleh jatuh cinta, especially when you have a problematic husband. so pi mai pi mai, cara islam gak yang terbaik.

aku ni bukan baik pun, tapi bab cakap no. 1. mueh mueh mueh. May Allah forgive me.

"Afdilul hadisu kalaamullah, wakhairul hadiisu hadiyyu muhammadarrasululah"

ahmadini 8:29 am  
This comment has been removed by a blog administrator.
eLLe 11:26 am  

hubby saya pi dengar ceramah kat surau (around KLCC), ustaz tu kate tiada istilah kawan utk laki n pomwan..laki n pomwan ni umpama minyak n api..so bahayaaa...ntahlaa kan..

risau plaks pk kan mase depan anak2 lebih2 anak pomwan..ustaz tu kate, org skrg budak lelaki siap dtg umah mintak permission utk bawak anak pomwan tu keluar, n parents lak berikan permission, sedangkan itu salah..hmm...(terkeluar topik laa erk..sori ;)

Anonymous 12:56 pm  

kalau tak silap, sunnahnya laki-pompuan ajnabi bila bercakap kena ada hijab/tabir. lain citer kalau yang tak ajnabi macam anak sedara dll.

so zaman sekarang ni dah jauh bebeno dari mendaulatkan sunnah ni. semua main hentam ajer :P tu yang macam2 masalah zaman sekarang ni. akhirnya baby2 mati dibuang bersepah sana-sini.

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP