Forgiving.

>> Friday, March 05, 2010

Petikan kata-kata Ustaz Hasrizal @ Saifulislam.com:

"Manusia yang paling tidak bahagia ialah manusia yang gagal memaafkan kesalahan orang terhadapnya. Berdendam siang dan malam, memikul beban sepanjang masa.

Orang yang dimarahi sudah pun menyambung hidup gembira hati, kita yang gagal memaafkan dia, terus terseksa mengheret dirinya ke dalam diri, ke sudut mana sekali pun kita pergi.

Deritanya hidup jika gagal memberi maaf, gagal melupakan salah orang kepada kita."

Saya suka.

Situasi 1: Ketika Elastic Man @ Vista pecah masuk rumah dan mencuri beberapa barangan, amarah saya membuak-buak. Geram betul kerana kamera digital dicuri. Tidak sempat muat turun gambar ke komputer, jadi segala kenangan hilang begitu sahaja. Saya begitu berdendam dengan Elastic Man, masih teringat-ingat hingga kini walau enam tahun sudah berlalu. Tapi, dendam hanya tinggal dendam. Bukannya boleh dapat kamera itu kembali. Buat sakit hati adalah.

Situasi 2: Rumah kami @ Section 14 PJ baru-baru ini dimasuki pencuri. Memang banyak barang yang hilang. Wang tunai hampir RM1000. Malah cincin tunang pun diambilnya. Tapi saya tidak rasa apa-apa. Tidak marah. Tidak benci. Tenang saja. Malah langsung tiada post berkenaan musibah itu di dalam blog ini. Saya redha dengan apa yang berlaku. Yakin bahawa tidaklah Allah menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia. Segalanya ada hikmah. Mungkin tidak nampak sekarang. Jika dapat ganjarannya di akhirat nanti, alangkah beruntungnya kami. Insya Allah ^_^ Dan betul kata Ustaz Hasrizal, lebih bahagia begitu.

Oleh itu, buat teman-teman, belajarlah untuk memaafkan. Kita juga tidak sempurna, jadi usahlah mengharapkan orang lain sempurna kerana kesempurnaan hanyalah hak Tuhan. Tiada gunanya menyimpan dendam, hanya menyakit diri sendiri. Jangan sampai kita menjadi a bitter man/woman living in misery, akhirnya tua sebelum waktu.

6 comments:

Anonymous 12:03 pm  

Kalau jd mcm ni nak buat mcm mana?
"Orang yang dimarahi sudah pun menyambung hidup gembira hati, kita yang gagal memaafkan diri sendiri krn memarahi dia di depan khalayak ramai..."
Kes gagal kawal emosi & marah staf kuat2 dlm ofis..

eLLe 9:41 pm  

saya suke entry ni.....

tinidewi 8:43 am  

cik anynomous,
belajarlah untuk memaafkan diri sendiri. sepertimana org lain tidak sempurna, kita juga tidak sempurna, usah letak expectation yang tinggi terhadap diri. minta maaf kepada org yg dimarahi & mohon perlindungan dari Allah.

ecah 1:31 pm  

kak...bila nak upload tudung baru...penat tunggu ni kak..?

saya..
susah nak maafkan kwn2 yg pernah buat saya mcm2..dan org yg pernah aniaya saya..atau org yg pandang saya dgn suami saya sebelah mata..mcm la kami ni buruk sgt..nak borak2 dgn kami pon tak nak..huh..malas nak layan..ecey..mcm bagus sgt..

last2..wat dek je..biaq p..jgn layan depa tu..sibukkan diri dgn bende lain yg ade pekdah..kan..kan..

Anonymous 5:36 pm  

nak tengok tudung kena check prettymodesty dik... bukan kat sini hehe

Ummu Auni 1:02 pm  

masa accident, aku tak marah. masa rumah kena masuk pencuri, pun tak marah. bila bercerai, hmph, mula2 marah, tapi lama2 biasa je. cuma naik angin kekadang sbb perangai dia ntah apa2. adui.

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP