Hatiku dipaut Rindu.

>> Wednesday, March 03, 2010

Ya Tuhan. Aku baru tau.

Arkitek Malaysia salah seorang panel projek pembesaran Masjidil Haram.

Entah mengapa air mataku bagai ingin tumpah. Tiba-tiba terasa rindu.

Dahulu kami kata, berilah peluang kepada orang lain kerana kami dah merasa. Yang wajib dah lepas. Insya allah kita pergi kemudian-kemudian hari. Kenapa kami kata begini? Kerana kami sudah turun naik HQ Tabung Haji, kami jumpa ramai yang mengeluh tidak dapat panggilan. Semasa menunaikan haji, kami dah dengar bermacam keluhan jemaah tentang betapa sukarnya mendapat tempat. Balik haji pun kami dengar macam-macam. Alhamdulillah, jalan kami mudah. Memandangkan kewajipan telah kami laksanakan, usahlah tamak, beri peluang kepada yang lain untuk menunaikan hal yang wajib bagi mereka. Jangan sampai kita menzalimi.

Tapi aku jadi rindu tiba-tiba.

3 comments:

aida 10:32 am  

that's my jiran's father u know. last year dah tau.. tspi dia mmg selalu dpt invitation dari prince sana. kalu gi umah dia, ada satu frame besar gambar kaabah dari atas. cerita pakcik tu, gambar ni diambil masa dia naik helikopter with da prince. lawaaa

tinidewi 2:04 pm  

jiran ko yang mana? yg rumah cantik tu ker?

aida 7:08 pm  

bukan, jiran umah lama. Anak dia satu sekolah ngan kami. Rumah dia dari luar tak nampak ciri2 arkitek. Ampun uncle ismawi! Tapi dlm lawa siot. Dia g pasar malam sempoi je. Wah aku x jumpa lg ni sblm g uk. Hang nak join?

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP