Frank McCourt
>> Thursday, March 25, 2010
Pertama, saya ingin memohon maaf kepada pemilik-pemilik buku Angela's Ashes & 'Tis kerana terlalu lama meminjam. Kedua, minta maaf sekali lagi jika keadaan buku tidak sesempurna ketika dipinjam. Apa taknya, kedua-dua buku telah beberapa kali dibelek dari depan ke belakang. Terkadang tersenyum, terkadang gelak besar, banyak kali menangis. Walau Frank tiada niat untuk buat kita menangis. Dia melihat kehidupan lampaunya bagai humor tapi kejujuran storytellingnya bisa buat airmatamu tumpah.
Angela's Ashes merupakan satu memoir kehidupan zaman kanak-kanak yang dilalui oleh Frank di Ireland. Agak mengagumkan bagaimana Frank boleh ingat segalanya. Tapi yalah, zaman kanak-kanaknya memang extra ordinary. 'Tis pula rentetan cerita Frank selepas nekad berhijrah ke US untuk memberi kehidupan yang lebih baik untuk ibu dan adik-adiknya. Ada satu lagi buku dari Frank berkisar suka dan dukanya sebagai guru. Pasti seronok juga di baca. Kali ini, saya nak beli sendiri ^_^
Saya menangis setiap kali Frank menceritakan tentang ayahnya. Walaupun kehidupan kanak-kanaknya susah kerana ayahnya pemabuk, tetapi dari penceritaannya, kita boleh mengetahui bahawa Frank tidak membenci ayahnya. Malah dia berkata, bagaimana mungkin dia membenci ayahnya, yang menemaninya di pagi yang sejuk ketika orang lain sedang lena tidur, bercerita tentang Ireland sambil membuatkannya teh yang panas untuk diminum bersebelahan api yang hangat. Frank tidak menyalahkan ayahnya, tetapi arak, yang umpama sumpahan bagi lelaki Ireland.
Ia sangat mendukacitakan. Bagaimana ayah Frank boleh melupakan keluarga dan tanggungjawabnya gara-gara arak. Sedangkan dia seorang ayah yang baik. Semalam saya menangis apabila tiba bahagian di mana ayah Frank penat bekerja di ladang seharian, tetapi sanggup berpatah balik sedangkan perjalanan sangat jauh kerana teringatkan janji untuk membawa pulang buah berry yang diidamkan oleh Michael, adik Frank. Di dalam Angela's Ashes pula, Frank selalu menyebut ayahnya hanya mahu minum air teh, sambil memerhatikan anak-anaknya makan. Di dalam keadaan normal, ayah Frank akan mengutamakan anak-anaknya terlebih dahulu, apatah lagi dalam keadaan ekonomi Ireland yang begitu teruk ketika itu. Walau adakalanya ayahnya terlalu bangga untuk meminta-minta.
Sungguh bahaya penangan arak.
Apa pun, saya fikir bakat menulis Frank menurun dari ayahnya yang suka bercerita kepada anak-anak ^_^
Disarankan untuk dibaca. Tapi awas, sesiapa yang tak suka baca satu ayat minima 5 baris, anda mungkin menghadapi kesukaran membacanya. Tips nya, read it out loud, seperti anda bercerita kepada diri sendiri. Pastikan juga anda mempunyai keadaan emosi yang kuat. Penat menangis tau :-)
3 comments:
aku rasa depressing enough baca buku tu. serius!
p/s buku makrifat cinta dah baca ke belum?
tak sampai seru baca lagi!
baru teringat buku ni antara buku yg aku konon nak beli & bace..tp pastu lupe..mental note je..thanks for reminding, in a way!
Post a Comment