Kenderaan Bertayar Dua.

>> Friday, April 09, 2010

Hari ini kami jadi Awie dan Erra. Tapi motor kuasa besar tukar dengan motor kapcai, Honda EX5. Masih romantik! :-p

Di Kuala Lumpur ni, tidak boleh keluar lewat ke pejabat. Pertama, traffic jam. Kedua, tak dapat parking. Konsep parking di tempat kerja pula, 400 kereta terawal dapat parking percuma. Selebihnya kena bayar RM7 sehari. Beli sepinggan nasi ayam dan segelas jus oren lagi berbaloi. Jadi kena pastikan keluar rumah sebelum jam 7.30 pagi.

Maryam bangun awal tadi. Mengada minta perhatian. Itu yang keluar lambat. Tapi saya tak kisah. Seronok juga naik motor. Boleh menyelit dan bagi pandangan berlagak pada pemandu-pemandu kereta yang tersangkut dalam traffic jam. Hehe.

Cumanya, saya agak tertekan dengan pemandu motor yang lain. Mereka selamba saja memotong motor kami. Mentang-mentang la mereka kurus dan ringan. Suami saya dah habis pulas, masih tak dapat meluncur laju. Maklum saja, pembonceng di belakang bersaiz XXL!

Oleh itu, mari kita umumkan misi menguruskan badan!

4 comments:

Ummu Auni Afif 10:03 am  

jom jom jom! tension tengok scale :P

Farra 4:41 pm  

jomm...kite lawannn

Nida 1:50 am  

aik! bukan dah lama ker sessi menguruskan badan bermula? >.<!

tinidewi 8:33 am  

haih. asal kurus je mengandung, camne? skrg kena pulun balik. member dah hint2 pasal perut geleber. nyampes.

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP