Trilogi Makrifat Cinta.
>> Monday, April 19, 2010
Sebelum Aini pergi mengerjakan haji, dititipkannya Trilogi Makrifat Cinta untuk kubaca. Aduh, beginilah seorang sahabat. BMku hancur, jadi disuruhnya banyak membaca biar pandai. Siap bagi pinjam buku lagi. Tapi bacaan asyik tertangguh. Alasan? Tak sampai seru :-p
Kalau nak tunggu seru, bila-bila pun takkan sampai. Kena berazam dulu. Bila dah berazam, usaha sampai akhir upaya. Berazam dan berusaha, ini konsep orang Tabligh. Kita pinjam konsep mereka. Sebab memang ada benarnya.
Alhamdulillah, hujung minggu lepas, dapat kuhabiskan ketiga-tiga novel. Sampai terabai kerja-kerja rumah. Sorry, boss! Syukur ada Melly datang mengemas di pagi ahad.
Verdictnya? Memang best! Segalanya berputar tentang cinta. Cinta kepada ibu, cinta kepada sahabat, cinta kepada sesama Muslim, cinta lelaki perempuan, dan total cinta kepada Tuhan.
Buku pertama, Syahadat Cinta, membicarakan tentang perjalanan Iqbal kembali kepada agama. Usaha yang pertama, pergi ke sekolah pondok di Tegal Jadin atas saranan ibunya. Dua bulan yang pertama hanya di suruh menimba air telaga. Bila dia bertanya bila boleh belajar solat etc., Kiai Sepuh suruh timba air lagi dua bulan. Kalau korang pun mesti fedap kan? Datang nak belajar solat, ambil wudhuk, mengaji Quran. Ada ke patut suruh ambik air je? Tak patut, tak patut.
Tapi tidaklah Allah menjadikan sesuatu itu untuk sia-sia kan. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Aktiviti menimba air mengajar erti kesabaran dan keikhlasan. Di samping itu, ia mengajar Iqbal untuk mengenal diri melalui pemerhatian terhadap alam. Bintang, langit, burung-burung, malam dan siang, pokok dan batu, menjalani takdir yang telah ditetapkan oleh Tuhan, dan tuhan alam pastilah sama dengan Tuhan manusia.
Namun, takdir menentukan Iqbal lari dari sekolah pondoknya untuk bertenang dan mencari kekuatan diri akibat satu peristiwa. Perjalanan Iqbal seterusnya menemukannya dengan Khaura, seorang gadis yang ingin dikahwinkan oleh orang tuanya dengan lelaki tidak dikenali, Priscillia, seorang gadis Kristian yang cerdas dan suka berdialog tentang agama, Makcik Jamilah, seorang ibu "miskin harta kaya jiwa" dan dua orang anaknya, Irsyad dan Fatimah, yang membantu Iqbal solat dan mengaji Quran.
Iqbal kemudiannya kembali ke Tegal Jadin dengan dirinya yang telah di"rebranding". Di Tegal Jadin, Iqbal mengenali Zaenab yang bisa membuat hatinya bergetar :ecewah: Tetapi ada peristiwa yang menyebabkan Iqbal terpaksa pergi dari Tegal Jadin dan mengembara semula di jalanan. Dan apakah itu? Jeng jeng jeng. You all silalah baca buku ni OK? Tak feel la kalau aku ceritakan semuanya :-)
[akan disambung]
6 comments:
baca juga ye...kuikui. aku ingatkan jadi pekasam dah :P
kau dah sound. nak tanak kena baca :-p
but it is worth reading ^_^
aku dah cakap kan :D.
hehe. tapi yang munajat cinta, tak best sangat.
kalau nak try lain, cuba try tere liye, bidadari-bidadari syurga & hafalan solat delisa. aku nangis baca bidadari-bidadari syurga tu
munajat cinta yg second yek? yg tu rasa mcm, org lain yg tulis hehehe. meleret dan berulang-ulang. but aku suka perjalanan firman mencari tuhan :-)
the third one i.e. makrifat cinta, bikin guwe nangis aja! meruntun jiwa..... best banget.
eh silap..taufiqurrahman ada tulis dwilogi lain, makrifat cinta. bagi aku tak menyengat macam trilogi ni. berulang2 sgt.
macam best jeeeee
Post a Comment