Hari Bumi.
>> Thursday, April 22, 2010
Hari ini 22 April. Hari Bumi katanya. Semalam, dua kali pihak syarikat mengingatkan fakta ini. Sila pakai baju hijau. Sesiapa yang kelihatan hijau bakal mendapat hadiah dari petugas. Tidaklah mengharapkan hadiah, tapi agak teruja dengan isu-isu alam sekitar.
Oleh itu, untuk menyokong kempen Hari Bumi pihak syarikat, hari ini saya memakai blaus polos hijau pucuk daun dan dipadankan dengan skirt labuh coklat. Tudung pula polos hijau lumut dan berawning coklat. Dari hujung rambut ke hujung kaki, saya betul-betul kelihatan seperti sebatang pokok.
Kalau disangkut ornament, boleh jadi pokok krismas :-)
5 comments:
adehhh.. tini nih, k.ida betul2 nak baca yr entry pasal bumi nih coz i know u're seriously concern about earth.. tup, tup.. dok gelak ekekekek part jadik 'sepohon kayu daunnya rimbun' :)
tapi hari bumi tidak dpt disambut big boss, stranded at airport london.. dari 1 minggu jadi 2 minggu.. kehkeh
k.da,
^_^
da,
ait? Datuk Z ke london kah?
hah betul, ada meeting with football club yang ditaja itulah
Post a Comment