Saya Menang Motor.
>> Monday, April 26, 2010
Aduhai suamiku. Inilah dia antara motor-motor yang menjadi idaman kalbunya sejak dua menjak ni.
Yamaha TZM 150. Tidak lagi dikeluarkan oleh Yamaha. Kebanyakannya stok terpakai yang telah diupgrade oleh mekanik untuk kegiatan rempit. Menurut kata kawan lelaki di sebelah cubicle, asap je lebih. Gaya memang meletup, tapi tinggi selenggaraan.
Yamaha FZ150. Model baru yang menggantikan TZM. Meluncur laju dengan penuh gaya. Bunyinya lebih senyap daripada TZM, dan kurang berasap. Ramai kawan lelaki mengesyorkan model ini. Kawan sebelah cubicle tadi dah rancang nak rembat seketul.
Honda CB400. Pergh yang ni 1000 c.c. Memandu di lebuh raya memang sempoi. Tiada di pasaran Malaysia. Boleh didapati di Singapura atau melalui agen di Malaysia. Harga stok baru? Puluh-puluhan ribu. Muka boleh jadi hijau bila mendengar harganya. Tidak sesuai dengan gaya ustaz/tok imam kerana bunyinya yang hebat. Rasanya yang ini memang kena padamkan dari senarai, tidak sesuai dibawa ke surau/masjid :-)
Nampaknya suamiku terlupa 2 perkara.
Pertama, macam mana dua orang budak tu nak naik kalau mereka nak ikut ke surau?
Kedua, kat mana nak letak beras, telur, ikan, daging dan macam-macam lagi barang dapur? Bakul tak sesuai dilekat pada motor yang hebat sebegini.
Saranan kawan-kawan ofis, beli motor baru, yang lama jangan dijual!
Ai sokong ^_^
9 comments:
Ui kak..
HUbi ku pon ade angan2 nak beli motor besar jugak..syiokk katanya...
hahahha..sabau jelah...sbb aku mmg suke 'jeling' mamat yg naik motor besau..huhuhu..
Old boys katanya. Ikutkan je la. Mula-mula aku rasa mcm tak best, tapi bila fikir-fikir, mcm best la pulak motor ni. Naik berdua mesti romantik punya!
hubby aku pun jenis suka moto2 besau ni. lelaki kot :) tapi nak bali tak mampu buat masa ni. so yamaha lc je la yang mampu yer huhuhuhu
tini, FZ tu harganya lebih skit je dari yamaha lc. yamaha lc mahal jugak tau! sbb teknologi 2 lejang kononnya [kau jgn tanya aku lebih2]
beli aje FZ tu. save minyak pon iye, ride pon best. kalau pikir nak pi pasar, pakai aje box kiri kanan.
p/s: first moto kat tanah malaya yg pakai fuel injection hohohohohoho
FZ oyb FZ lah... ekekekeke
oyb = pun... camner leh tertypo plak ni
Kalo nak isi byk barang, beli jer maxiscooter..bawah seat leh letak brg pastuh leh pasang givibox lagi..Gear pon auto so rilek dlm town..Bajet RM17k++ leh angkat SYM 250, RM9k++ SYM VTS200, RM6k++ Modenas elegan :)
-Abah Idlan
scooter payah nak cilok/nyelit. husband ai cepat naik asap atas kepala kalau tak dpt cilok :-)
Post a Comment