Bonus 2009.
>> Tuesday, April 27, 2010
Hari ini tentunya hari yang berbunga-bunga bagi kebanyakan pekerja di syarikat. Aku sendiri, pagi-pagi dah intai laman sawang sumber manusia. Surat yang dikatakan akan dimuatnaik tidak nampak bayangnya. Nak kena EVP ni, kata surat dapat hari ni, tak ada pun! Heh. Tak pasal-pasal En.R diomelnya.
En. R tak salah, sebab 27 April itu ada dua puluh empat jam. Aku yang tak sabar. Tiba-tiba tengahari tadi Lynn mesej. So, how did you do? Zura kata dah tau how much bonus, katanya. Oh dari beribu-ribu lemon pekerja TM, aku tahu berita ini dari orang luar :-p
Alhamdulillah, bonus yang bakal diterima berpatutan. CUMA [cis kenapalah banyak sangat tapi dan cuma dalam hidupku] seratus peratus bonus tidak boleh dibelanja. Tsk. Aku senyum sajalah bila kawan-kawan ofis sibuk bercerita dan bertanya tentang belanjawan bonus. Bertambah kelat bila terserempak kawan yang sedang khusyuk membelek cincin emas putih bertatahkan berlian di kaunter jualan Menara. Sabar hartini, sabar.
Cik abangku pula, mula kelam kabut bila mengetahui bonusnya tak seperti yang dikira-kira. Maklum saja dah berangan nak rembat motor baru. Motor lama dah berjanji dengan pembeli. Aduhai. Jam itu juga menelefon bahagian sumber manusia. Aku gelakkan saja sebab talian sumber manusia ditutup di waktu rehat untuk makan tengahari. Rupanya mereka terlupa untuk mengira tiga bulan terawal ketika dia berstatus pekerja kontrak. Insya Allah, mereka akan kira semula. Takpelah. Ikutlah Allah nak bagi rezeki macam mana pun ^_^
7 comments:
Oh dari beribu-ribu lemon pekerja TM, aku tahu berita ini dari orang luar - sorry nok, mak busybody arini hahahaha! was chatting with Zura, and dia bagitau :D
tak tenang selagi x tahu pcb brape akakka
tatau nak buat apa ngan bonus ehehhe
lynn, ofismet aku gelak je bila aku bagitau diorang fakta ni. norida cakap, punyaaaallaaahhh jauh info ko sampai.
ti, tu yg aku ckp hati berbunga-bunga, belum bahagia lagi. esok bahagia la kot? keh3x.
farra, ai cadangkan you beli sebentuk cincin untuk ai sempena perpisahan ai. dekat menara ada buka kaunter jualan keh3x.
Hahahaha the power of the Internet/YM/FB gitu :D
Hmmm I also forgot to check how much is my PCB, nak kena tgk online payslip la
ya betul kena tunggu berapa pcb dulu baru leh buat belanjawan ngan bonus itu :) kalau aku la nyeh nyeh nyeh
hai aku tahu pun ikut ckp mulut orang je..ada ke?
Post a Comment