Motornya Yang Baru.

>> Monday, May 24, 2010


Amboi amboi. Senyum lebar hingga tembam pipi agaknya. Dulu, dia sekadar berputih mata melihat motor orang lain memintas laju. Sekarang, sudah boleh menggunakan lorong kanan dan memotong. Walau membawa pembonceng bersaiz istimewa :-)

Akhirnya, Yamaha 125 ZR menjadi pilihan hati. Tidak termasuk dalam senarai saya yang terawal, tetapi saya beralah apabila dia berkata,"Uish, inilah motor nombor satu sekarang!"

Ketika motor ini dibawa pulang, saya memandangnya dengan perasaan yang bercampur baur. Kerana dua sebab.

Bunyi motor yang agak mencurigakan. Preng preng sepuluh batu boleh dengar. Kalau suami saya hidup di zaman P Ramlee, mungkin dia menjadi watak di mana Aziz memerli "Cari motor ye bang?"

Cuba kamu lihat tempat duduk pembonceng. Tonggeknya aduhai. Bagaimana saya mahu naik? Ngeri kalau suami tiba-tiba [atau sengaja] membrek :-p

Memandangkan ciri-ciri tak memenuhi 100% spesifikasi asal, saya kemudian bertanya.

"Minyak motor jimat tak?"
"Err... Ada minyak tuti, jadi taklah jimat sangat."
"Hish. Kata ini motor nombor satu? Tak macam motor nombor satu pun? Bunyi bising. Tempat duduk tak selesa. Tak jimat minyak. Asap berkepul-kepul lagi.
"Hehe. Nombor satu di kalangan Mat Rempit."

ARGH!!! Boleh? Rasa nak gigit hidungnya yang mancung pun ada :-p

9 comments:

Ummu Auni 3:18 pm  

mat tabligh rempit :P

tini swak 3:33 pm  

keh keh keh selamat merempit la ye :)

Farra Da Smiley 3:56 pm  

i merempit gak pagi td ehehe

aida 4:54 am  

ok la tu, bunyi nya best...hihihi

tinidewi 8:36 am  

aini,
nama samaran dia dalam forum permotoran --> Ustaz Rempit :-p

tini s'wak,
ngeri ngeri keh3x.

farra,
eh y'ols satu jalan ke pergi keje?

da,
bunyi sebijik motor mat rempit daaaaa.. datang surau semua org toleh keh3x.

Moja 2:16 pm  

sila hati2 kalau suami anda mahu keluar pada mlm minggu dgn membawa moto. pastikan tiada seluar jean, baju t-shirt berbelang2 & kasut sneakers di dlm raga motor.

tinidewi 3:02 pm  

Moja,
Kalau pakai jeans + t-shirt berbelang2 + sneakers + SERBAN aci tak?

Farra Da Smiley 12:49 pm  

satu jalan..cuma time horizon berbeza..kalau lambat baru ikut hubby merempit..pagi tu lambat sbb antar anak ke klinik

Anonymous 11:42 pm  

Make sure pasang lock bebanyak..antara motor "panas" tuh

-Abah Idlan-

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP