Aktiviti Kokurikulum di Pejabat.

>> Wednesday, May 26, 2010


Bukan. Bukan bergosip di pejabat ya tuan puan. Gosip itu aktiviti utama. Yang lain-lain baru kokurikulum.

Yang kumaksudkan, ini.


Weehee. Bowling, kamu semua! [Terjemahan untuk y'ols?] Haa, makcik dah lama tak main bowling. Maklum saja, anak makcik dah tiga. Manalah makcik ada masa nak buat kerja-kerja lagha macam ini. Lagi pun, tengoklah saiz makcik yang istimewa. Kalau makcik main bowling, bergegar lantai kayu di tempat bowling agaknya. Kasihan tauke di situ.

Alasan alasan. Yang sebenarnya, makcik tak pandai main! Keh3x.

Tapi memandangkan pertandingan bowling anjuran pejabat untuk suka-suka dan eratkan silaturrahim, makcik kenalah turut serta. Guru besar dah bagi perutusan. Semua orang wajib main. Kalau tak, nanti dia rotan. Huh takut. [OK, aku melebih-lebih bab rotan.]

Hantam sajalah labuuuuuu..... Bak kata budak-budak muda di ofis, baling je. Jangan makcik baling bola ke belakang sudah. Malu tak terhingga nanti. Sampai tahun 2012 hangat digosipkan kawan-kawan. Heh.

2 comments:

Farra Da Smiley 12:48 pm  

buat kat mana? i kene organize for my unit plak ni

tinidewi 2:57 pm  

midveli je. senang. sapa terlupa bawak baju ker socks ke, beli je terus kat carrefour hehe.

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP