Menang Gaya.
>> Thursday, May 27, 2010
Kah kah kah.
Makcik dah cakap. Makcik memang tak pandai main bowling. Bola makcik siap jatuh ke belakang lagi. Kah kah kah. Malu tau makcik. Masuk longkang jangan cerita. Pendek kata, asal baling, ke longkang perginya.
Tapi, makcik menang anugerah tau! Haaa tengok ni. Jangan cemburu buta..... buka mata luas-luas.
Most Stylo lagi. Orang kita cakap, paling bergaya. Cumanya makcik tak pasti bergaya tang mana. Gaya berpakaian atau gaya melongkang? Kah kah kah.
Mujurlah makcik bukan penerima anugerah Juara Longkang. Makcik dah sedia nak tutup muka semasa pengumuman dibuat. Urut dada sekejap apabila bukan nama makcik yang disebut. Tapi comel sungguh akak yang menang anugerah itu. Siap lambai-lambai tangan gaya ratu cantik lagi ^_^
Ini gambar makcik dengan kawan sepasukan. Macam kembar bukan? Maklumlah, kami berdua orang jawa! Pakai baju pula sepadan. Saiz badan pun lebih kurang :-p
Ngee. Abaikan muka makcik yang agak tak berapa nak cantik. Lagi pun, dalam gambar saja makcik tak cantik. Yang original lebih mempesona. Kah kah kah.
4 comments:
bestnyer bowling!!!!!!
apahal tutop mata tuh??? bravooo stylo abeh:p
eh serupa tapi tak sama.. sempat ke tukar baju ari tu
yati: best best. masuk longkang sokmo.
farra: kih3x. sebab mata ai cun. terpaksa tutup mata supaya y'ols tak jeles.
aida: beria sey. aku balik rumah time lunch. amek baju ni and pakai tudung coklat keh3x.
Post a Comment