Setengah Berisi, Setengah Kosong?

>> Monday, May 31, 2010

Sambil-sambil baring menyusukan Maryam di petang Ahad, saya membaca buku kanak-kanak bertajuk Koleksi Cerita Dongeng Terbaik terbitan Ladybug. Melampau sangatlah tahap BM saya sampai kena bermula dengan buku kanak-kanak :-p

Saya tertarik dengan kisah Orang Tua Yang Benar. Begini ceritanya,


Seorang lelaki tua yang bekerja sebagai petani sedang menunggang kuda ke sebuah kampung. Dia telah bertemu dengan seorang lelaki yang memiliki seekor lembu. Orang tua itu berkata,"Jika engkau setuju, aku ingin ambil lembu kamu dan kamu boleh mengambil kudaku sebagai pertukaran." Lelaki yang memiliki lembu itu bersetuju. Sekarang, orang tua itu memilik seekor lembu.

Kemudian, orang tua itu menukarkan lembu dengan kambing biri-biri. Kambing biri-biri ditukar pula dengan angsa. Akhirnya angsa ditukar dengan seguni epal yang sudah busuk.

Dia membawa guni epal itu ke dalam kedai minum untuk menghilangkan dahaganya. Di dalam kedai, dia berjumpa dengan dua orang lelaki Inggeris. Orang tua menceritakan kepada mereka cara dia memperolehi epal-epal tersebut. "Isteri kamu pasti akan mengamuk dan memarahi kamu," salah seorang daripada mereka berkata. "Tidak. Aku rasa isteriku tidak akan memarahiku," jawab orang tua itu.

"Baiklah, mari kita bertaruh seratus pound. Dia pasti akan marah kamu," cabar mereka. "Setuju," sahut orang tua itu.

Kedua-dua lelaki Inggeris itu mengikut orang tua balik ke rumah. Dia disambut baik oleh isterinya. Orang tua itu berkata,"Saya menukarkan kuda dengan lembu." Isterinya berkata,"Bagus, sekarang kita boleh ambil susunya." "Tetapi saya telah menukarkannya dengan biri-biri," kata orang tua itu lagi. "Itu lebih baik!" kata isterinya. "Kita akan dapat bulunya. "Tetapi saya telah tukarkannya dengan angsa," orang tua itu menambah lagi. "Wow, kita boleh masak angsa panggang untuk makan malam," kata isterinya.

"Belum habis lagi," kata suaminya. "Akhirnya saya tukarkannya dengan seguni epal yang busuk. Awak marah pada saya?" "Marah? Tidak sekali-kali!" kata isterinya. "Saya berasa amat gembira kerana dapat membuat wain epal untuk awak."

Melihat isteri orang tua yang baik itu, kedua-dua lelaki Inggeris itu terkejut lagi hairan. Kemudian mereka membayar seratus pound sebelum meninggalkan suami isteri itu.

Moral cerita: Itulah. Siapa suruh bertaruh. Kan dah rugi 100 pound :-p

WAAAHHHHH, boleh kamu jadi seperti isteri petani tua itu? Memang payung emaslah ganjarannya. Agaknya bagaimana ya boleh berlapang dada sebegitu?

Menurut Parlindungan Marpaung dalam bukunya Setengah Berisi, Setengah Kosong?, jawapannya ialah PERSPEKTIF.


Menurutnya,

Rasa optimistik membangkitkan kesedaran bagi mengenali masalah dan respons terbaik kepada masalah itu. Rasa optimistik membangkitkan rasa percaya, setiap masalah dan cabaran dapat diatasi. Rasa optimistik membina kekuatan untuk berhadapan dengan perkara negatif secara positif. Rasa optimistik mengharapkan yang terbaik apabila berhadapan dengan situasi buruk dimana kita mempunyai alasan untuk rasa geram, tetapi memilih untuk tersenyum.

Terima kasih buat PTS kerana menghadiahkan buku ini kepada saya sempena promosi 'Saya Mahu Menang Buku'. Walau pun tak menang hadiah utama :sob sob: sekurangnya dapat satu buku percuma :-)

4 comments:

ummunaqiha 8:54 am  

tini
akak pun baca buku tu ahad lepas utk anak2..
pastu mcm confius eh ni mcm taruhan je...:P
susah nak explain mengenai nilai2 murni pada anak2 dalam buku tu.

Ummu Auni 3:37 pm  

hoho. Oklah tu :D

tinidewi 3:49 pm  

kalau nak yang ada moral, baca Koleksi Cerita Moral Terbaik Dunia. Hoho.

best buku kanak-kanak keluaran ladybug ni. satu page tulisan, satu page gambar. gambar kaler2 lagi. murah pun murah. RM8.99 sahaja y'ols.

ummunaqiha 8:28 am  

hehe.. maksud akak bukan takde nilai moral, tapi akak sendiri tak tahu nak terangkan camna kat anak..hahaha.. (nampak benar cetek ilmu).
tini tolong terang sikit kat akak, simple pun takpe lah..sebab takut anak2 tanya lagi kang, tak tahu nak jawab apa..:P

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP