Perindu Pelangi

>> Tuesday, June 01, 2010

Beberapa Sabtu yang lalu, saya mengikuti Bengkel Penulisan Novel Islami. Wah wah, mahu jadi novelis ya? Ah tidak. Buat masa ini, menulis novel tiada dalam perancangan. Otak saya tak sekreatif itu untuk memikirkan jalan cerita, plot, sub plot, hero, heroin, watak sampingan, konflik, penyelesaian bagi konflik dan macam-macam lagilah. Bikin pusing kepala aku aja, neng!

Saya pergi sekadar ingin belajar cara menulis secara formal. Disamping itu, dapat berkenalan dengan kawan baru. [Salah seorangnya, kakak seorang pengurus besar di syarikat saya!]

Ketika itulah saya mula tertarik dengan Perindu Pelangi. Menurut Pak Ya iaitu fasilitator bengkel, cerita berlatarbelakang negara Cina tapi penulisnya tak pernah pun jejak kaki ke Cina. Haa menarik bukan?


Balik dari bengkel, mulalah bersemangat untuk membaca lebih banyak buku dan novel yang bagus-bagus sebagai kajian. Tapi buntu, buku apa yang bagus dibaca? Jadi saya pun tanyalah pakarnya, iaitu Puan Mynie kita :-)

Rupa-rupanya Mynie juga menyarankan Perindu Pelangi. Nampaknya, ada jodoh jadi saya pun membelinya. Sampai rumah, cik abang mulalah tarik muncung panjang. "Tengok tu, Mama dah kena dadah!" katanya kepada Ameer dan Fatimah sambil mendukung Maryam. Hehehehe.

Oh saya suka, suka, sukaaaaa sangat. Bak kata orang-orang muda zaman sekarang ini, memang feel habis! Atau pun, terbaeekk! Ketika membaca, terasa macam diri berada di Cina. Paling saya suka, watak hero watak yang menonjol tetapi tidaklah digambarkan terlampau sempurna sampai kita tertanya, eh ada lelaki sesempurna ini dalam kehidupan sebenar? Bagi saya, watak terlalu hebat tidak lojik. Seperti soalan saya kepada Pak Ya,"Realitinya, manusia sempurna itu tiada bukan?"

Cuma, rasanya ada fakta-fakta Islami di dalam novel ini yang perlu dipastikan kebenaran. Terkadang ada bahagian yang buat kita keliru, "Eh, betulkah?"

Bagi peminat novel, bacalah novel ini. Ralit nanti. Bagai hisap dadah. Eh macam tau pula hisap dadah itu bagaimana hehehe.

Nota kaki: Jauhi diri dari dadah merbahaya.

7 comments:

SMM 10:23 pm  

phew, lega sbb kak tini pun suka buku tu. kot-kot saya ni syok sendiri je rekomen :)

aida 3:33 am  

rajin mynie buat book revew blog...

kak tini, aku rasa dari tahun 2005 cakap nak bat book review blog with geng of 4. apekah sudah hilang dream itu?

tinidewi 8:25 am  

mynie,
thanks ye recommend buku ni. kak terkejut sgt bila kira2 umur penulis tu sampai tepuk dahi, laaaa muda lagi si siti ni?

da,
keh3x boleh je nak buat. tajuk blog apa? gangoffourreads? atau GOFREADS.

Ummu Auni 8:42 am  

mynie dah bagi pinjam, tapi tengah laju habiskan buku setengah berisi, setengah kosong abu amiir punya. adui.

book blog? boleh jer :P

ummi 8:57 am  

oh is it? seswai dgn daku yang tgh mencari2 novel melayu yang ada 'feel' bak kata si tini nehh

SMM 9:00 am  

orait! saya sokong dan nantikan kemunculan book blog gang of four :)

aliss 11:30 am  

akak dah baca lasykar pelangi?? itu buku kesukaan saya buat masa ini

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP