Sedekah dan Keikhlasan.

>> Wednesday, June 02, 2010

"Saya nak tanya. Tapi sebelum itu, saya sarankan kita fikir lebih pasal hubungan dengan Allah, bukan dengan individu."
"Huh?"
"Pakcik Indon yang pinjam duit saya hari tu, dia sms tadi. Dia nak datang Malaysia, jadi dia nak pinjam RM1000 lagi."
"Pakcik yang mana? Yang konon nak pegi Mekah tapi tak pergi pun?"
"Ya."
"Tak nampak pun usaha dia."
"Itulah. Itu yang saya cakap awal tadi. Fikir pasal hubungan kita dengan Allahlah. Hal dia, itu antara dia dengan Tuhan."
"Kalau awak nak dapat pahala, eloklah awak sedekah saja pada saya dan anak-anak. Lagi afhdol."
"Memang. Tapi awak lebih dari cukup."
"Anak yatim?"
"Pun boleh juga. Tapi Allah dah gerakkan dia untuk minta pada kita. Maknanya, ini ujian untuk kitalah. Ujian untuk dia, itu cerita lain."
"Duit awak. Ikut sukalah. Tanya saya kenapa pula."
"Sebab awak lebih berhak sebenarnya. Jadi saya bagi awak tiga hari untuk fikir. Saya ikut saja jawapan awak."

Seperti biasa, bantuan diharapkan. Tekan pilihan anda ya?



Terima kasih!

15 comments:

Farra Da Smiley 2:34 pm  

sesama

CIda 3:32 pm  

Alamak dewi.. insaflah aku dgn entry ko. Aku sibukla nak tuntut hutang dari hamba Allah yg suka meminta2 ni.. Dan dah tentu2 dia xkan bayar, ada baiknya aku pujuk hati utk ikhlaskan diri sgn bersedekah daripada tak halalkan. Huhu

::ziLla:: 3:57 pm  

aduh...dasatnya suami akak...rm1000 mcm tu je die boleh nak bagi..

knv 4:32 pm  

assalammualaikum,
saya pun pernah terjebak dengan orang macam ni. memang mula2 nampak dia sempit. saya pun hulur. pastu mintak lagi. saya bagi lagi. pastu mintak lagi. saya bagi jugak.

dan saya stop bila dah tiga kali bagi. rasa dah lain macam. dari ikhlas rasa tak ikhlas dah. dah mula merungut2 dalam hati.

suami saya pun ala2 gitu jugak. tak kira orang dia main tolong semua. tapi kalau saya dan anak2 cukup makan pakai saya main tutup mata aje. insyaallah kita pun ada saham diakhirat esok.

bila fikir2 balik kita lepaskan orang sekarang, insyaallah later allah lepaskan kesempitan kita pulak diwaktu yang tidak dijangka-jangka.

semoga dapat buat pilihan yang tepat.

:D

p/s; tetiba panjang lak komen. ni first time saya komen sini. selama ni SR.

tinidewi 5:23 pm  

farra,
:-)

cik cida,
ye berlapang dada itu lebih bahagia :-)

zilla,
:muka hijau:

knv,
warggghhh knv tulis komen laaa kat blog saya ni. rasa berbesar hati pulak kuang3x. thanks ye 4 ur advise ^_^

knv 5:27 pm  

oh i've been reading you dah lama sungguh! love all the entries. cuma rasa rendah diri je nak bagi komen. apasal tah hahahahha :P

Ummu Auni 5:44 pm  

aku pilih aci. tapi jgn bagi penuh. kah kah.

sedekah paling afdhal adalah untuk keluarga :)

tinidewi 6:07 pm  

knv: samalah kita. baca ur blog tapi malu-malu nak bagi komen hehehe.
ni: ye betul. tetapi my cik abang sudah quote Saidina Ali sudaaaa... bagaimana keluarga Saidina Ali berlapar berhari-hari sebab asal nak makan, ada org ketuk pintu minta makan. huhu. insaf kejap.

Lynn 6:18 pm  

I pun dah vote :D

aida 1:56 am  

aku dah vote, tap vote aku mungkin tak bagus. heheheh

Milky Way 10:16 am  

jwpan saya tak aci...tapi nak komen sikit ttg memberi dan berharap yg terbaik...tidakkah itu sama dgn tidak mengunci motor di parking dan mengharapkan terbaik iaitu Allah melihat apa yg terjadi n menjaga harta kita...spt menyerah pd takdir tanpa berusaha melengkapkan ciri2 keselamatan motor? Kalau dalam hati dah tau mungkin 80% sedekah yg kita beri itu digunakan oleh org2 yg tidak memerlukan or kita tau alasan dia tipu tapi kita tetap beri kerana kita sedekah...n kita ckp sedekah sbb kita nak pahala n percaya Allah akan kira sedekah kita...isnt that the same like the above situation?? pasrah tidak bertempat...tidak menggunakan akal fikiran serta ilmu yg ada hanya atas nama sedekah n keikhlasan? Tidak bolehkah kita menjadi insan yg ikhlas dan juga bijak at the same time? mengapa harus biar diri ditipu hidup2 dgn alasan allah akan membalas di dunia kelak atau di akhirat...? Long term investment pun kena guna akal kerana mungkin investment tersebut boleh memberi kerugian atas ketidakbijaksanaan diri sendiri..

Kalau nak sedekah disarankan beri kpd persatuan yg memerlukan tanpa kira agama n bangsa...lebih afdal insyallah yg menerima duit itu akan menjadi manusia berguna...tanpa menipu :D

tinidewi 11:31 am  

leila,
:-)

kata kau ada betulnya. pada masa yang sama, kita juga boleh melihat dari perspektif yang berbeza iaitu long term investment dengan Allah swt TAK PERNAH RUGI di akhirat kelak :-)

di dunia mungkin kita rasa rugi, tapi harta dunia tidak membawa kita ke mana-mana.

aku cakap pandai ler... bila husband aku tanya nak kuarkan duit saving utk bagi org, muka hijau beb keh3x.

Ummu Auni 12:34 pm  

kak hannah kata macam ni kat aku, kalau kita terasa teragak-agak untuk bersedekah.

kita ikhlaskan hati untuk bagi sedekah pada dia. duit sedekah tu, entah untuk intended purpose seperti diberitahu/tak, itu antara dia dengan tuhan.

huhu, insaf aku.

p/s aku dah jarang bagi pada orang buta yang dipimpin oleh orang sihat. sebab? orang sihat tu pakai baju cantik lagi, nampak bersih lagi

kak hannah ckp, dia pun dah berhenti bagi, sebab pernah nampak orang buta dipimpin orang sihat, naik LRT masa solat jumaat

ada satu kes, anak (yg sihat!!) yang pimpin maknya yang buta. budak tu, pakai baju sikit punya lawa. ada org ter'over laser' sikit, "dah awak tu anak, kenapa tak kerja support mak?"

Milky Way 12:36 pm  

tini..

aku pahem investment akhirat tak rugi cuma sbb dlm hati 80% confident duit tidak digunakan utk alasan yg dia ckp tapi kita tetap bagi n berharap dia guna utk kebaikan...mcm mana kalau dia guna utk invest perkara haram? our investment utk syurga mmg bertambah sbb kita sedekah nak tolong n mungkin juga bertambah investment di neraka sbb dia guna duit kita utk bende haram hehehe...apa2 pun percentage investment syurga/neraka ni hanya allah yg tahu kita cuma berusaha sebaik mungkin ...still sbb dlm hati dah tau 80% dia tak guna duit utk alasan dia ckp...mungkinkah duit kita digunakan utk terrorism atau menggalakkan lagi dia utk memperdaya org baik2 mcm suami anda? paper byk kuwa kes2 mcm ni...biasa la org msia baik2

tapi aku berpgang gak pd concept kalau kita tak tau insyallah tak dpt dosa..tapi kalau mushkil mcm mana??? kwang kwang kwanggggg

aida 2:48 pm  

Susah2, ko suruh je amad tanam pokok. Sila lihat the tree by amir muhammad kat youtube. Nik aziz ckp sedekah bukan dlm bentuk duit je, boleh dlm bentuk pokok. Lepas tgk cite tu, rajin aku g cantas bersihkan tanaman kat sini

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP