Lawatan Cik Tini ke PTS Batu Caves.
>> Wednesday, June 23, 2010
Aduhai rasa kerdil pula. Berjumpa dengan orang besar, dan rakan penulis yang hebat-hebat belaka. Semalam sesi latih tubi, kami diberi teks untuk diterjemah kemudian tulis di papan hitam. Banding dengan teks orang lain, bahasa saya yang paling tiada lenggoknya. Keras kejung macam teks asal. Setelah BM saya dikecam hebat awal dulu keh3x, saya melatih diri untuk menulis dengan santai dan bersahaja. Tapi, santai saya kurang thrill. Elemen sastera itu tiada. Tak feel la sister, kata budak muda jalanan.
Oleh itu, saya perlu alat-alat bantuan. Alang-alang dah sampai ke PTS Batu Caves, angkut buku-buku berkualiti seboleh yang mungkin. Tidak mengapalah melabur sedikit untuk pulangan yang lebih banyak di kemudian hari. Lagi pun, tak rugi ilmu bertambah.
Sebelah kiri gambar: Kamus dan buku-buku yang diberi pinjam oleh Aini.
Sebelah kanan gambar: Buku yang baru dibeli semalam. Kawan-kawan di kaunter terperanjat, boleh habis ke semua ini? Eh... apa pula tak boleh????
Antara buku-buku yang diborong adalah karya Andrea Hirata seperti Lasykar Pelangi, Maryamah Karpov, Sang Pemimpi; Taufiqurrahman seperti Munajat Cinta dan Munajat Cinta 2, Pak Latip seperti Salahuddin: Penakluk Jerusalem, Mohamad Al-Fateh, koleksi Imam Besar, koleksi Khalifah-Khalifah Yang Benar; dan beberapa buku sai fai untuk belajar gaya bahasa yang macho.
Saya perlu belajar ayat-ayat macho kerana novel yang insya-Allah bakal diterjemah dari genre thriller. [Tapi muka mula menghijau kerana novelnya setebal 600+ halaman, dan perlu disiapkan pada September]
Jumlah kemusnahan, RM325.70. Itu pun selepas diskaun.
Apa pun, sedikit kredit buat suami kerana ayat pertama yang keluar dari mulutnya petang semalam, "Mama kena ada meja sendiri." Sampai sahaja di rumah, dia pun mulalah mengemas bilik belakang, pindahkan komputer, TV dan sebagainya. Kini, saya sudah mempunyai meja yang luas yang kini menempatkan kamus dan buku [lihat gambar]. Mudah-mudahan mudah mendapat ilham.
Psstt... kalau ikutkan dia, "Nak dapat ilham, kena duduk dalam bilik yang boleh lihat bintang-bintang."
Over tau! :lol:
11 comments:
ko bkn sama dgn aku ke dulu amik sastera? dgn puan minarti..kelas yg paling aku xsuka & byk tido..hahahah
makin byk bersastera la ko lps ni..
waaahhhh amad respek laa! membakar semangat! inilah suami isteri yg saling memahami hehehe...makcik aku penulis novel di PTS too...nama pena dia maya iris..
nuha: eerr.. rasanya aku tak amek sastera ^_^
leila: loh ye ke? nanti aku cari bukunya.
kagum la saya!
all the best :)))
tahniah kak tini, akhirnya bakal jd penterjemah. Nanti i belajar ngan u tau
munajat cinta? err....so so :P. aku siap hadiahkan buku tu pada kawan. tapi novel kau dapat tu, memang killer betullah..ternganga beb aku dengar tadi
apakah novel itu? James patterson kah
aida, jangan memain...bourne supremacy OK? aku dgn lynn dah nganga masa lunch dgn dia semalam
wow....sempat ek kak tini baca buku...huhu..saya br baca satu ayat , si kecik tu dh panggil.
hahahahhahahahahhahahaha
gila ganas novel, aku baca pun pening2... baik layan movie jer kawan-kawan
aini: alamak, sudah pecah lubang :-p
raudhah: terpaksa korban time tidur hehe.
aida: aku pulang balik kot. boring sey aku baca HAHA.
Post a Comment