Syukurlah Allah Beri Peluang.

>> Friday, June 04, 2010

Masih awal pagi. Tiada orang lain di tingkat atas restoran kecuali kami empat beranak. Ameer dan Fatimah sedang berseronok di ruang khas untuk bermain. Maryam pula khayal melihat persekitaran yang baru baginya.

Mataku tertangkap beg plastik biru di atas kerusi di sudut paling hujung, selang beberapa meja dariku.

"Eh, beg siapa pula? Di sini tiada orang lain."

Mataku melilau mencari kelibat orang. Tak nampak sesiapa, jadi aku kembali menghayati ayam goreng kegemaran.

Ada lagi dua ketul ayam. Tapi perutku sudah penuh. Bawa balik sahajalah.

"Ameer, tolong Mama ambil plastik di kaunter bawah."
"Kaunter?"
"Alah. Tempat Mama beli makanan. Itu namanya kaunter."
"Bagaimana, Mama?"
"Kata, saya nak plastik boleh?"
"OK!"

Tak sampai dua minit dia kembali.

"Saya tak tahulah, Mama."
"Laaa... beli kotak pensil Ben10 berharga RM3 di koperasi sekolah pandai pula."

Ketika itulah aku terpandang seorang pakcik berbangsa Cina sedang duduk di situ. Rambutnya beruban. Bajunya lusuh tetapi kemas. Dia terus tunduk apabila aku memandangnya dan mula mengeluarkan kertas-kertas kecil dari beg birunya itu. Wajahnya kelihatan seperti orang yang kesempitan. Mungkin juga sedang menahan lapar. Tetapi aku tidak pasti.

Aku merenung dua ketul ayam dihadapanku. Aku buntu. Samada mahu dibawa pulang, atau diberi kepada pakcik itu. Takut-takut andaianku salah, lantas mengguris hati orang.

Lima minit berlalu. Aku masih tidak dapat membuat sebarang keputusan. Tiba-tiba dia bangun, dan berjalan ke arahku.

"Tumpang tanya aa."
"Ya?"
"Ini tulisan, macam mana mahu baca dalam bahasa melayu?'
"Oh.... Khairul Najmi."
"Khairun?"
"Khairul...."
"Khairun."

Kali ini kubiarkan saja. Mungkin lidahnya tidak boleh menyebut huruf L dengan betul.

"Ini bawah tulis apa?"
"Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan KL."
"Ohh.. dulu saya duduk sini. Kemudian saya pindah KL. Saya sudah tua, umur enam puluh lebih. Kerja pun tak ada jadi saya mahu minta itu kebajikan. Apa itu... welfare. Orang melayu sebut apa?"
"Betullah tu pakcik. Kebajikan."
"OK terima kasih ya adik."

Syukur. Terima kasih Allah kerana memberi aku jawapannya. Betul andaianku. Pakcik itu menumpang mandi di tandas restoran dan duduk berehat dalam hawa dingin yang lebih selesa sementara orang tidak ramai. Ada hikmahnya juga Ameer tak pandai meminta beg plastik tadi.

"Pakcik sudah makan?"
"Eh takpe. Tak payah susah-susah."

Dia terus tunduk dan kembali ke mejanya. Aku faham dia tidak mahu meminta-minta. Jadi sengaja aku letakkan dua ketul ayam itu di meja sebelahku, dan terus berlalu.

Syukur ya Allah kerana memberiku peluang. Dan alhamdulillah, dapat bayaran tunai waktu itu juga kerana mendapat panggilan yang tak disangka-sangka. Padahal aku sudah putus harap. Buat masa ini, belum boleh dikongsi dengan rakan-rakan sehingga perkara itu sudah pasti dalam genggaman :-)

Saya fikir ganjaran yang Allah bagi ini ada kena mengena dengan niat suami saya untuk bersedekah, supaya saya lebih yakin dengan konsep rezeki :-) Wah hebat, baru niat dah dapat ganjaran. Kalau buat, tentu lagi hebat!

10 comments:

y@tipruzz 3:46 pm  

ramai di luar sana yg nasib tak sebaik kita...

Ummu Auni 4:00 pm  

amin. rezeki murah

Milky Way 6:18 pm  

awwwww....u so nice! *hugs* ko letak kat table dia ke table ko

Anonymous 10:31 pm  

tini, aku selalu percaya dgn konsep sedekah dgn ikhlas dan rezeki..just want to share with u..aku pernah keluarkan 20k untuk disedekankan kepada seseorang..dan alhamdulillah tanpa disangka z sampai sebulan selepas itu Allah gantikan dgn 30k..Allah maha hebat dan maha berkuasa..aku bukan nak menunjuk, tapi utk pengajaran bersama..segala apa yg kita ada adalah milikNya..dan kita sebagai hamba harus berkongsi apa yg ada, jgn berkira..yg penting ikhlaskan hati..

ummi 9:08 am  

alhamdulillah, niat nak bersedekah Allah permudahkan..

Anonymous 3:13 pm  

Tini, just nak share, kalu ikut logik mmg tak logik apa yg aku dapat ni, tp aku rasa salah satunya sbb sedekah.1.sedekah pada parents aku, sbb aku pun bukan orang senang.2.aku ada anak angkat kurang upaya.insyaAllah.

Lynn 9:58 am  

Alhamdulillah. love the story :)

tinidewi 8:44 pm  

yati: yup, memang ramai. sayangnya, kita selalu tengok yang di atas lantas cemburu tapi terlupa untuk melihat ke bawah.
ummu: untuk kamu juga.
leila: aku letak meja sebelah supaya pakcik tu perasan ada extra & budak KFC tak buang masuk tong sampah.
anonymous: wargh 20 ribu? bukan calang-calang banyaknya. kalau aku, dah muka hijau.
lynn: berkongsi itu menyayangi ^_^

Izham Miyake 1:32 am  

there are times that we have the chances to help people that we're not supposed to be helping but great Allah has opened up the opportunity to help someone who desperately deserved it.

I would have another plan. I'd take him for food and then take him to JKM.

A lousy thing was where's his children/relatives?

Anonymous 7:45 am  

I pun nak share something..I want to buy a designer handbag.At the same time ada rumah anak yatim ni minta sponsor.
I gave rm1000. then I said tak pelah tak dpt beli beg designer ni..then..tiba2 I dpt diskaun spesel..the bag price reduced harganya nearly RM1000 dr harga asal!
jd I dpt juga beli beg tu(setelah mengumpul duit bersusah pyh).

Wow..Allah works in mysterious ways..alhamdulillah..

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP