Biar Papa Asal Bergaya.
>> Monday, July 19, 2010
Hari ini saya bergaya korporat. Berkemeja lengan panjang turqois belang-belang krim dan pic. Dipadankan dengan seluar kelabu potongan lurus dan jaket kelabu. Tudung pula mestilah paling vass kebaboom [hakmilik prosakata: kak non vogue]. Berwarna krim kekuningan dengan awning broked yang sepadan.
Alih-alih, naik motor. Gaya korporat naik motor, boleh? Motor bukan sebarang motor, kapcai mat rempit lagi. Jatuhlah reputasi saya sebagai pengurus berkaliber di syarikat telekomunikasi terkemuka di Malaysia. Tambah lagi, penyetlah awning broked yang cantik bergaya ini dek helmet merah yang langsung tidak glamor. [Nampaknya, saya perlu tampal glitter di helmet]
Apabila saya mengadu tentang awning tudung, suami membalas dengan muka tapir, "Ada saya kisah?" Benci tau!
Sudahlah begitu, dipotong pula oleh seorang mamat bermotor besar yang hebat, membonceng isterinya juga, merempit dengan bergayanya. Argh!!! Nak yang itu, nak yang itu! Tidak mahu kapcai.
HAHAHA. Isteri terlampau :-p
Hai, terlupakah kamu. Dua minggu lagi, ofis kamu di rumah. Apa kes hendak merempit motor besar. Sesuailah suami kamu bawa kapcai sahaja supaya awek-awek di ofisnya tidaklah bergoda. Sudahlah kacak berkepala botak, kalau bermotor besar, lebih tinggilah sahamnya :-p
8 comments:
aku nak tukar dari memakai tudung bawal ke tudung berawning sebab ringkas dan mudah, tapi bila memikirkan sekarang dah asyik naik moto ni, aku ubah pikiran. :) tak reti aku nak pakai helmet ngan tudung berawning niiii. sapa2 ada tips cam ne nak pakai helmet tanpa rosak kan tudung? eheheheh ada sekali aku pakai penyek jadi awning nya.
aku rasa, padanan helmat paling sesuai ialah tudung syria. sebab melekap di kepala. sebab kalau pakai tudung bawal pun, sampai ofis kena betulkan "paruh" tudung. hamek ko, paruh tudung keh3x. masalahnya, muka tembamlah pulak tak sesuai pakai tudung syria :-p
in my kes pakai tudung hape pon mmg rosak tudung belah dpn tu bila naik motor...so kalau ada hari naik motor, opismet akan prasan tudungku something wrong and i said " naik motor"
hubby kata " ala tak kesah..lawo utk hubby jek" huk huk
takpelah, penyet pun penyet lah. asal jangan jangan jadi jenis pakai tudung tapi fuhhhh nampak betis bila membonceng. heheheh
farra: sebab route ko tu jauh sangat. lama atas motor keh3x. daku 5 minit je :-p
lynn: tau takpe. my kes lak, ofismet tanya, apsal ada seluar dalam kain baju kurung ko? keh3x. aku ckp je, naik motor, malas nak buka seluar sampai ofis :-p
statement last tu betul, tu aku tak bagi mufis bawa motor lain.. biarlah motor kapcai menjadi pujaan hatiku.. kalau tergoda orang lain, i tarik rambut orang tu tauu
er, melampaunya statement aku :P
nak berhenti keje dah ke? dua minggu lagi berada dirumah?
ye knv. sebab tu blog ai sudah tukar tagline hehehe.
Post a Comment