Ilmu Itu Perlu Dicari.

>> Tuesday, July 20, 2010

Hujung minggu lepas saya marathon - Hibrid, Salahuddin Ayubi, Imam Hanafi dan Imam Maliki. Akibat tidak tertahan, terjebak juga Imam Syafie malam semalam. Ya Tuhan. Membaca kisah imam-imam besar yang cintakan ilmu, rasa bagai tersentak dari lamunan.

Apa yang cuba aku lakukan selama ini? Memasang angan-angan sambung pelajaran di negara orang. Kemudian, sudah dapat peluang, suami pula tidak memberi lampu hijau. Tak putus harap, mencuba lagi untuk belajar di sini. Alih-alih, dalam negeri pun suami tak benarkan. Kenapa begitu sukar jalan yang kuingin-inginkan?

Malam tadi baru kudapat jawapan.

Wahai Hartini, sedarlah kamu. Mengapa perlu dikejar ilmu dunia, sedang ilmu asas pun tiada di dadamu? Tidakkah dapat kau rasakan jiwamu yang kosong? Jiwa hamba yang belum dapat mengenal penciptanya. Kenal dengan sebenar-benarnya. Dan mencintaiNya dengan sepenuh rasa kecintaan.

Ya Tuhan. Segala puji-pujian hanyalah untukMu. Kaulah yang memayungi diriku dengan rahmat dan nikmat yang ada di segenap langit dan bumi. Tiada tempat aku bergantung harap, selainMu. Berilah aku peluang. Aku ingin mengenalMu. Bukalah pintu kebenaran di hatiku. Tunjukilah jalan yang perlu kutempuh. Dan datangkanlah kepadaku seorang guru yang baik.

Ya Tuhan. Aku mahu ilmu tauhid. Kerana ilmu tauhid itulah yang paling utama dari segala ilmu di dunia.

13 comments:

Anonymous 10:37 am  

memang benar... 13 tahun pertama kerasulan nabi SAW hanya mengajar ummat tentang Tauhid dan Iman. Untuk benar2 mengenal Tuhan. supaya sedar knp perlu beramal.... kemudian perintah amal datang selepasnya.... syariat demi syariat turun

Anonymous 10:38 am  

kalau kita sedar.... 13thn bermakna lebih dari separuh (60%?) dari tahun2 kerasulan nabi SAW... so you do the math how important it is.

knv 7:30 pm  

alhamdulillah.

hidup kita sekarang ni sudah makin complicated sehingga kita agak lupa pada yang haq.

:D

nurain vivian 9:58 am  

memang benar..untuk apa dikejar ilmu dunia..ilmu akhirat juga harus diisi...

m-i-o 10:27 am  

hai tini! :P

sy setuju bhw bila kita dah berkahwin, ada byk perkara yg menghalang kita terutamanya bab nak sambung pelajaran. kadang2 sesetengah suami beri keizinan, tp mereka tidak memberi sokongan yg sepatutnya - cthnya tolong tengokkan anak2 masa isteri dalam minggu exam :P sudahnya, pengsanla bini tu dok terkejar sana terkejar sini. mmg betul, jadi student dan dlm masa yg sama ada full-time career serta kena handle house chores menuntut kesabaran yg tinggi!

berlainan dengan keadaan suami - bila suami exam, isteri buatkan air kopi tgh2 malam, kdg2 tolong taipkan sekali assignment suami :P itu belum lagi berbuih2 mulut baca yaasin bila suami susah hati nak jwb exam! hahaha.

tp sy tak setuju bila tini kata ilmu dunia itu tak penting. betapa byknya ilmu dunia ini - yg akhirnya mencelikkan mata dan menjuruskan kita ke arah keEsaan Allah! ilmu dunia juga berguna utk kemanusiaan - sebab itu ada satu ayat yg berbunyi - org yg paling baik di antara kamu ialah mereka yg paling byk mendatangkan manfaat kepada org lain.

tinidewi 3:08 pm  

m-i-o,
aduh ini sudah salah baca karangan ni hehe. saya tidak kata ilmu dunia tidak penting, tetapi ilmu tauhid itu paling UTAMA. apa makna segala ilmu dunia yang ada di dada kalau tuhan pun kita tidak kenal? oleh itu, kenallah tuhan dahulu, kemudian sangat mudah untuk kita mendapatkan ilmu dunia. kenapa ilmuan islam terkemuka seperti Ibnu Sina, Arrazi dan sebagainya boleh mendahului masa, dan tak terkata tinggi ilmunya? jawapannya, kerana mereka mengenal Allah :-)

m-i-o 4:12 pm  

oopssss! mungkin sy salah pemahaman, berdasarkan ayat tini yg ini -

Mengapa perlu dikejar ilmu dunia....

maaf ya :P

tinidewi 7:26 pm  

m-o-i,
ayat itu tidak boleh dibaca separuh-paruh, ayat penuhnya begini:

Mengapa perlu dikejar ilmu dunia, sedang ilmu asas pun tiada di dadamu?

^_^

Anonymous 12:09 pm  

rilek ah dewi. yg ko emo ni pehal?

tinidewi 1:11 pm  

mestilah emo. aku dah tua, lambaian kubur makin dekat, tapi bekalan nak jumpa Pencipta yilek. kalau ko tak emo, tak tau ler hehehe.

p/s: aku tak emo pun, biasalah org salah anggap karangan, sebab tak dengar intonasi suara ^_^

knv 2:44 pm  

aik? explain baik2 camtu tu kata emo? pelik sungguh! bukan guna exclaimation mark pun hihihih :P

tini,
mio meant well. and i think you've meant very well jugak.

apa2pun, destiny kita adalah akhirat.

amin.

tinidewi 6:09 pm  

knv,
:-) takpe... biasalah tu. mata pena ada kelebihan dan kekurangannya. and i know m-i-o meant well, saja je tini jawab nak kasi jelas :wink to m-i-o:

Anonymous 8:53 am  

salam, cuba layari www.fuadlatip.com ...

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP