Sketsa Di Pagi Isnin.
>> Monday, July 26, 2010
Sketsa #1
Aku melangkah memasuki lif. Terasa lemah tidak berdaya. Tulang belulangku nyilu dihembus angin dingin. Mataku berat. Begitulah, penyakit lazim di pagi Isnin yang suram.
Sudah ada dua orang di dalam lif itu. Seorang gadis berbaju kurung bunga-bunga dan bertudung polos. Riak gadis itu serius. Matanya tertancap kemas pada wajah lelaki berusia yang berdiri di dinding bertentangan. Kehadiran aku tidak dipeduli, dan langsung gadis itu bertanya, bersungguh-sungguh dengan ayat yang lengkap dan betul tatabahasa, "Apakah maksud kalau kita bermimpi boleh bernafas di dalam air?"
Spontan dan bersahaja, lelaki yang bijaksana itu menjawab, "Maknanya sudah dekat." Kemudian, dia diam.
Gadis itu tercengang-cengang. Aku juga memasang telinga menunggu jawapan.
Lalu katanya yang terhenti itu disambung, "Sudah dekat hendak padam."
Pagi Isninku mula berbunga-bunga.
Sketsa #2
Seorang tukang gunting bertanya kepada seorang alim, "Betulkah Tuhan itu ada? Tidak pernah nampak pun Tuhan di mana-mana."
Alim itu hanya terdiam. Menjawab soalan orang yang tidak percaya tidak boleh sebarang-sebarang.
Tiba-tiba seorang lelaki berambut panjang melintas. Alim itu pun bertanya kepada tukang gunting itu, "Apakah di kampung ini tiada tukang gunting?"
"Eh, tentu sahaja ada. Akulah tukang gunting di sini."
"Kalau begitu, kenapa masih ada orang berambut panjang?"
Melihatkan tukang gunting itu membisu seribu bahasa, alim itu menyambung katanya, "Pasti lelaki itu tidak menginginkan rambutnya dipotong pendek, jadi dia tidak mencari tukang gunting, bukan kerana tiada tukang gunting." Alim itu seraya berlalu meninggalkan tukang gunting yang diam tidak terkata.
Mari kita berkongsi moral cerita :-)
5 comments:
hehe, nak menafsir mimpi
ahaha, aku suka your 2nd sketsa :)
yang 1st tu tak brp paham..huhu
ija: yg first tu, awek tu beria-ia nak tafsir mimpi dia, sekali pakcik tu cakap, bahasa kampungnya, ko dah nak mati ler hehehe.
yang kedua tu pernah dibaca sebelum ni, tapi tak ingat di mana :)
mynie, saya pun ingat-ingat lupa baca di mana, tapi saya re-write the story lah hehehe....
Post a Comment