Lakonan Hebat Seorang Fatimah.
>> Friday, July 30, 2010
Rabu pagi, Ameer keracunan makanan. Tidak pasti sama ada disebabkan nasi lemak atau milo ais yang dibelinya di kantin sekolah agama sudah tidak elok, atau sambal nasi lemak itu terlalu pedas. Mulanya dia berkeras tidak mahu makan ubat. Keesokan pagi perutnya masih sakit, jadi dia tiada alasan lain.
Pelik bin ajaib, si adik yang sihat walafiat, tiba-tiba kata sakit perut. Perutnya ditekan-tekan, dahinya dikerut-kerut. "Mama, saya sakit, nak makan ubat." Malam pertama, kami berjaya buat selamba. Khamis petang, lakonannya semakin hebat. "Saya demam, Mama. Sakit perut." Kali ini, menangis-nangis. Siap kata, mama jahat, abah jahat. Merajuk dalam bilik, pintunya dihempas kuat, lalu dikunci. Semata-mata hendak makan ubat. Aduh buntu dibuatnya. Takkanlah tidak sakit, mahu diberi ubat?
Alhamdulillah, kira-kira jam 8.45 malam, saya mendapat pencerahan agung. Saya suruh suami beli Vitagen. Kemudian, pintu bilik itu saya ketuk. Dia membuka pintu dengan mukanya masih dalam kesedihan tidak terhingga. Pipinya gelebeh. Mulutnya muncung. Tangannya menekan perut. Kelas nak lakonan kau! Kalah Fasha Sanda.
"Fatimah sakit lagi?"
Dia mengangguk perlahan. Suaranya kendur. "Ya, Mama. Sakit sangat."
"Fatimah hendak vitagen?"
"Hendak!"
Mukanya sedikit cerah. Tidak terlalu keterlaluan. Supaya tidaklah nampak sangat dia berlakon tadi. Suaranya pun dikawal. Amboi, amboi, kalau Umi Aida nampak, mesti dia menangis dek non!
Dengan tangannya memegang botol vitagen, dia datang memberitahu, "Mama, dalam perut saya ada orang jahat. Bila minum Vitagen, orang jahat hilanglah! Jadi, perut saya sudah tidak sakit lagi."
Dakyah mana kau ambik, nak :-p
7 comments:
makcik, takde kat opis ke ari ni? aku nak pulang balik cooler pack :)
hehe lawak laa anak akak..konklusinya, minum laa vitagen utk halau org jahat..
pengaruh iklan vitagen la tu..
boleh menang oscar gini
ntah2 tiru perangai mak dia kots ??? :p
mama dia ske berlakon tak?
hahahahaha..perangai sapa dia ikut tu???
fuh hebat!
Post a Comment