Ulasan Buku: Maryamah Karpov

>> Thursday, August 05, 2010


Saya andaikan pihak penerbit yang berkeras mahu buku ini dijudulkan sebegitu. Saya tidak mahu percaya si Andis yang bijaksana tidak terperi itu sanggup menjudulkan buku ini dengan watak yang hanya disebut dua kali di dalam buku setebal 471 halaman. Apatah lagi Maryamah Karpov itu, langsung tiada signikannya dengan keseluruhan cerita. Namanya sekadar disebut tanpa apa-apa perkembangan watak. Malah, si gadis pemain biola duduk bersimpuh di atas tanah berselerakan dedaun kering kekuningan di muka depan, bukanlah Maryamah Karpov. Tetapi, anaknya, Nurmi, yang gemar menggesek biola berdekatan Warung Apa Dikenang Lagi. Aduh, kalau Maryamah Karpov itu ada anak sebesar itu, jadi tentu sahaja dia sudah tua bukan? Betul kawan, dia itu seorang makcik. Jangan kamu berangan-angan si dia gadis berwajah rupawan bak rembulan dan bertubuh cantik bak kerengga.

Saya fikir, Mimpi-mimpi Lintang, adalah tajuk yang sepatutnya.

Apa pun, buku ini, saya suka! Saya sudah membaca Lasykar Pelangi. Saya tahu ramai orang menyukai dan menobatkannya sebagai buku wajib dibaca, tetapi pelik bin ajaib, saya tidaklah suka akannya sangat. Malah, awal lagi saya sudah tengok jawapan di halaman-halaman terakhir dan tidaklah beria-ia hendak membacanya sampai habis. Namun, Maryamah Karpov ternyata lebih menyengat. Humornya buat saya tertawa macam orang gila. Terutama ketika Andis menceritakan hal-hal absurd tentang perangai orang Melayu. Terkadang tersenyum, terkadang gelak besar dan setiap kali terangguk-angguk setuju. Juga, paling terkesan, cara dia membantai pemerintah dengan bersahaja.

Seperti Lasykar Pelangi, Maryamah Karpov mendukung semangat cita-cita, cinta, setiakawan dan ilmu. Berani bermimpi, berusaha dengan semangat kental, disertakan dengan ilmu, dan berserah kepada Tuhan, pasti mimpi itu bisa jadi kenyataan. Malah, tidak keterlaluan kalau dikatakan, gila juga perlu ada. Kalau tidak kerana gilanya si Ikal mahu membuat perahu sedangkan diri sarjana ekonomi yang tidak tahu apa-apa tentang perahu, tidak mungkin Mimpi-mimpi Lintang itu dapat siap malah mampu membelah ombak samudera. Kalau tidak kerana gilanya si Ikal menempuh gelora badai lautan dan bersemuka dengan lanun Selat Melaka yang terkenal jahat seantero dunia, tidak mungkin dia menemukan A Ling yang dicintainya separuh mati.

Namun, walau segala macam benda gila yang si Ikal sudah lakukan untuk mendapatkan cintanya, bagaimana penghujungnya?

Aduh Ikal, kenapa susah-susah mencari cintamu yang itu? Cari sahaja yang lain. Di Malaysia juga banyak cewek yang cantik-cantik persis Michelle Yeoh :-p

Nota kaki: Andis adalah nama timangan Andrea Hirata bagi Bu Muslimah dan kalangan Lasykar Pelangi yang sebenar.

6 comments:

tini s'wak 2:54 pm  

kau, kesian aku ni, nak pulangkan cooler pack ko ni :)

aida 3:45 pm  

wahaha, ni skip baca buku no 4 ke? Buku no 3 pun kelakar doh

tinidewi 10:24 am  

oohh puan tini,
ko letak je kat meja aku. meja aku bersepah dengan barang lagi dong hehehe....

tinidewi 10:26 am  

da,
ye aku skip keh3x. semalam baca #2, nyampes! sedih dooohhh... alamak, rupanya aku tak beli #3 ler. ni yang dlm dilema ni, hadiah peraduan PTS nak ayat-ayat cinta ke edensor huh?

tini s'wak 10:29 am  

owh ye ke? ha nanti aku berjalan ke sana antarkan :)

aida 3:30 pm  

dilema2. Edensor terbitan pts, ayat2 cinta tak

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP