Tiga.
>> Friday, July 09, 2010
I
Helmet,
benda yang selalu aku terlupa. Tiba-tiba rasa angin menerpa dan tudung mahu tercabut. Suami sekadar menggeleng.
II
Labuh baju hingga ke lutut. LULUS.
Lengan baju panjang menutupi seluruh lengan. LULUS.
Cantik. Ada kelas. Vogue, tak macam gaya makcik-makcik. LULUS.
Kainnya kejung, tidak menampakkan susuk tubuh. GAGAL.
Bilalah nak ada cukup duit keluarkan pakaian rekaan sendiri. Di dalam pasaran, kebanyakannya GAGAL.
III
"Sorrylah, aku tak boleh pikir, bro. Tengok bolalah semalam."
"Laaa... kau tak tidur dulu?"
"Tak, aku ingatkan bola mula jam 4."
"Habis, kau berjagalah sampai pagi?"
"Ha-ah. Takkanlah aku nak tidur jam 6. Jadi aku teruslah pergi ofis."
"Oh, aku tidur dulu. Lepas tu baru bangun tengok bola. Tadi pun aku tidur kejap dekat surau waktu rehat."
Wah, hebat orang lelaki bulan ini. Qiamullail selalu. Sayangnya, tak dapat markah :-)
9 comments:
hihihihi...
tini, belajar aje jahit sendiri. senang tak yah fikir dah. kat sini memang best banyak gila busana muslimah, thanks to pak2 arab and pakistani.
pakai purdah pun orang tak heran. rasa takmo balik je. kalau kat msia tu harus everyday fashion conscious. nyampah ai!
kak tini, jom belajar jahit
dgn k nor
hai..ai pun dah tak fashion conscious. ustaz pesan apa tau, cuba niat lillahitaala, takadalah sibuk nak fikir, nak matching baju ni dgn tudung mana. adus tertembak ai!
knv: harus OK fashion conscious keh3x. tapi lepas ni, dekat ofis baru ai pakai pagoda je. lagi glamer you. see thru lagi wakakaka.
aida: menjahit? tunggu ler anak besar. nanti tambah bersepah rumah aku.
aini: ye le tu. aku tgk baju oren ko tu matching giler dgn tudungnya :-p
ywlah kita ni orang pompuan pilih baju nak matching kaler apa
kalau tak matching kang org mengata pulak, kuikui
see tru? gilos! laki tak marah ke? dulu pernah sekali beli baju seetru ni, harus laki ku nak gunting dua. berderau darah aii.. hahahahh :P
aik. ofis baru ai kan kat rumah. duduk rumah apa lak my laki mau marah? lagi dia suka ai pakai see tru see tru wakakaka.
psstt knv, pagoda tu baju singlet warna putih kain nipis yang bapak2 kita suka pakai tu. dulu glamernya brand pagodalah. jadi until now org panggil singlet tu pagoda. sekarang brand mcm hush puppies pun dah keluarkan singlet mcm tu. cuuuurrrlassstt kan pagoda? hehehe.
hahahah! kini baru ku paham nak pakei seetru pagoda kat rumah rupenya hahahahhaha... ingatkan nak pegi opis lagu tu! :P
Post a Comment