Permintaan Seorang Suri.

>> Thursday, August 26, 2010

Wahai teman-temanku yang budiman,

Kamu semua pasti sedang bahagia bukan? Baju kurungmu berpasang-pasang sudah sedia. Tudungmu mengerlip-ngerlip, sepuluh batu boleh kelihatan. Baju melayu belahan jiwamu sudah diambil dari tukang jahit dan ternyata, dia segak memakainya. Anak-anakmu pula, aduh, cukup baju tradisi dan baju moden untuk beraya berminggu-minggu. Lengkap berkasut baru. Entah-entah, berpasang-pasang kasutnya.

Di kala itu, ingatlah aku. Seorang suri yang tak punya apa-apa. Yang hanya mampu menyelongkar almari mencari baju-baju lama yang mungkin masih cantik untuk dipakai di pagi raya. Terus kucuba pakaikan kepada anak-anakku yang semakin membesar usai usia. Kutarik-tarik lengannya, kainnya, panjang seluarnya. Moga-moga muat. Tapi kenyataannya, tetap baju-baju itu tidak membesar saiznya. Kasut? Mereka hanya ada selipar yang kumal.

Aku dan suamiku tidak apa-apa. Pakai baju lama-lama tidak menjadi masalah. Namun, sedihnya melihat anak-anak. Sedang di pagi raya di Kota Bharu sana nanti, anak-anak abang dan kakakku, pasti hebat-hebat kerana ibu bapa mereka orang hebat-hebat. Rumah mereka besar-besar, malah ada yang berbanglo, dan kereta mereka, aduh, satu tidak cukup. Semuanya produk luar negara.

Jangan salah sangka, aku tidak menyesal kerana ini jalan yang aku pilih. Cumanya, sedih melihat anak-anak. Itu saja.

Cumanya, satu aku pinta dari teman-teman. Boleh tidak esok datang ke geraiku di tepi eskalator berdekatan kedai MyNews di Menara TM sana? Tidak beli pun tidak apa, sekadar memeriahkan suasana dan ajak rakan-rakan. Aku mahu kumpul duit untuk kenangan raya demi anak-anakku :-)

Boleh tak?

Nota: Selama ini memang aku selalu berdrama tapi kali ini, aku benar-benar maksudkannya ^_^

14 comments:

aida 5:25 am  
This comment has been removed by the author.
aida 5:25 am  

sori tak dpt contribute kpd hasil jualan. Jauh

knv 6:07 am  

aduhhh! nasib baik jauh. kot tak harus kena beli satu gerai :P

takpe. pakai apa yang ada pun ok. budak2 lagi ok. depa pakai apa pun bulehh.. :D

semoga lumayan esok ye? :D

tinidewi 7:17 am  

aida: takpe sis, kurang-kurang dpt war-warkan kepada kawan-kawan.

knv: baju kanak-kanak sudah tak muat kak! kitorang memang pakai baju lama ke :-)

harapnya lumayanlah hari ni. setakat semalam, kos tapak dengan gaji pekerja pon tak lepas :-(

Hilmi & Faeizah 8:21 am  

Tini,
InsyaAllah..mudah2an lumayan hari ini ye..amin

Petua murah rezeki, sebelum masuk ke dalam rumah baca surah al ikhlas..InsyaAllah

Salam perkenalan..kawan Farra Aiza & Syida Hassan


Faizah
http://mommymuslim.blogspot.com
htt://faizah.lot.my

Lynn 10:08 am  

sedihnya baca entry ni. insyaAllah murah rezeki hari ni :) kan Friday

knv 11:43 am  

tini, berniaga gitulah dik. banyak pasang surut. kadang2 tak nampak kebaikan kat dunia sgt tapi insyaallah banyak saham diakhirat sok.

stay cool. part usaha kita dah buat, yang selebih Dia yang bagi. :D

Farra Da Smiley 1:35 pm  

sy respect giler sama akak yg benti keje jaga anaks...sy ni? masih tak mampu jd sepertimu, mungkin ego terlalu tebal!

ala.. baju dan harta itu sume bukanlah ukuran..itu sume hanya pinjaman dr allah sekejap didunia ini dan pastinya bukan ukuran di sisi allah

i love to live below my means! hihi

ala i dah lama tak lalu menara..support uuu

aida 10:51 pm  

kak tini,

baru je en mufis bagi tazkirah kat saya pasal sahabat nabi. kisah dalam al-quran.. yang dahulu sahabat tersebut miskin, terpaksa berkejar untuk balik rumah lepas solat di masjid, kerana isterinya perlukan kainnya untuk solat

selepas tu dia minta sampai 3 kali kat Rasulullah saw untuk murahkan rezeki dia. Rasulullah saw bagi 2 ekor kambing dan kambingnya membiak sehingga menjadi saudagar kambing yang berjaya

sadly, selepas dia jadi saudagar, dia tidak dapat hadir untuk berjemaah di masjid lagi. kemudian tika itu, Allah turunkan perintah mengenai zakat.

sahabat ini, yang sudah jarang ke masjid, apabila amil dtg untuk meminta dia menunaikan zakat, dia berkata tidak pernah tahu hukum itu. lalu menolak untuk membayar zakat sehingga 3 kali. selepas 3 kali, Rasulullah saw menyatakan untuk tidak menerima zakat daripada sahabat tersebut, kerana Allah melarang menerima zakatnya.

lalu sahabat itu, sehingga kewafatan Rasulullah saw, dan sehingga pemerintahan saidina Uthman (sahabat tersebut meninggal ketika ini), tidak diterima zakatnya langsung.

alangkah ruginya.

point of the story; mufis cakap kat aku.. tehee - bersyukurlah dengan apa yang ada, walaupun tak banyak, cukuplah rezeki Allah bagi.

memang kak tini pilih jalan ini, tau kak tini redha, just to share a story yang kita selalu dengar, tetapi selalu lupa

ShaFiAti 11:11 am  

insyaAllah rezeki ade di mana aje tini..yg penting kita usaha dan ikhlas dgn setiap yg dilakukan..

aku ni jarang ke sane..lagi2 bulan posa ni tak byk sgt meeting kat kl..:)..hr tu ade gi skali tapi ko blom niaga kat situ kots..:)..semoga rezekimu bertambah...:)

blogadmin 11:46 am  

it took years utk saya 'redha' dgn keadaan tidak bergaji...kurang berbelanja dan menerima apa adanya lepas resign.

sekarang pun tak habis2x asik kene tazkirah dgn encik suami ttg bersyukur dgn apa yg ada...

cumanya dah kurang sikit kekerapannya laa....hehehehe


so to tini...u are not alone.


byk hikmahnya yg kita belommm nampak lagi...sabar yek...

asz 12:33 pm  

tak tau plak ko ada bukak gerai. aku ada jln2 kat bawah, tercarik2 jugak ko, tp tak nampak plak..

bAiTi 3:22 pm  

K. Tini, kuatkan semangat! :)
Mcm org lain ckp, adat berniaga mmg mcm tu. Ada pasang surutnya. Perlu byk sabar + perlu juga istiqamah. Kadang2 kita selalu ingin benda yg kita xde, normal la manusia.. But kdg2 jarang juga kita bersyukur dgn apa yg kita ada kan? Takpelah xde baju baru sekalipun, tapi anak2 kita sihat, keletah + bijak + suami pun bagus. Apa yg kita ada ni pun maybe dlm diam jadi keinginan org lain juga.. :)

Insha Allah, moga rezeki akak bertambah2 atas kesabaran menjadi suri. Saya pernah rasa + faham sgt2.. Senyummm.. :)

ecah 1:07 pm  

akak..

aku tak beli baju raya satu pon...

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP