YEH YEH RAYA SUDAH DEKAT!!!

>> Tuesday, August 31, 2010

~~**ENTRI MELEKAT. SKROL BAWAH UNTUK ENTRI TERKINI**~~

Pengumuman #1:
Siapa yang mahu menempah tudung glamor untuk digaya di pagi raya, sila berbuat demikion OK? Dialu-alukan sangat. Email saya untuk spesifikasi terperinci tudung yang anda diidam-idamkan. Insya-Allah saya akan cuba muatnaik contoh-contoh kain di kedai maya. Cepat ya, kerana tempahan dibuka sehingga 31 Julai sahaja. Dua minggu sahaja lagi tuuuuuu.... Biar putih tulang, jangan putih mata dek non!

Pengumuman #2:
Nampak gambar biskut sedap-sedap di panel sebelah kanan? Tengok gambar sahaja dah terliur. Belum makan lagi. Insya-Allah memang berbaloi. Sedap! Tahun lepas, saya bawa pulang 3 balang. Adik-beradik termasuk ipar yang berbudi pekerti mulia tiba-tiba buat perangai tak senonoh. Jangan diberi kepada tetamu, kata mereka. 3 balang tersebut, sekelip mata sudah lesap tinggal serdak. Beli, jangan tak beli! [Lagi pun, kawan saya yang gigih membakar biskut ini sedang mengandung anak pertama, jadi tak baik kita hampakan harapannya hehe tak relevan]

Ya, saya tahu. Puasa pun belum :-p

7 comments:

knv 7:28 pm  

ya allahhhh.. promote baeekkkk punya! hahahahha!.. :P

Lynn 9:41 pm  

yelah, puasa mmg belum. tapi nak order tudung and kuih tu takes time jugak kan kan kan. ehehe.

ada sample choc chips tak? :D and tudung i mmg nak yg bling bling satu bagi digayakan di pagi raya! hehe

tinidewi 8:52 am  

knv: kih3x cakap yang benaaaarrrr, jujur dan ikhlas dari hati.

lynn: sample choc chips ada. nanti aku bawa kalau kita ada outing mana2. aini balik mesti ko nak jumpa dia amek tut tut kan? [apa motif nak censored? ke3x]

Farra Da Smiley 9:19 am  

mane i punya CD merah??? =)

tinidewi 10:37 am  

CD merah ada kat fairuz. tapi yg tu satu insert je. ko pow ler insert dari CD lain....

Lynn 11:55 am  

mestilah nak amik my iPAD from Aini! ehehehehe

Farra Da Smiley 12:47 pm  

ok lps i amik i bayar ok?

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP