Setelah Dua Minggu.
>> Friday, August 13, 2010
Setelah dua minggu berhenti kerja, perut Ameer semakin menggendut.
Setelah dua minggu berhenti kerja, pipi Fatimah bertambah menggebu.
Setelah dua minggu berhenti kerja, badan Maryam sedikit mongel.
Setelah dua minggu berhenti kerja, suami mula bertanya, "Tidak mahu cuba Jusmate kah?"
Oho bang, sudah mula tengok perempuan lain dengan pandangan berbeza dan nampak saya sebelah mata ya? Ggrr panas panas :lol:
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Mama, kenapa Mama .....yrtejfdsjdgsg telur.... fhffscnfjkgejwqoe untuk Ameer..... hdfrhdbcdjy saya nak telur dengan ikan?"
Apa yang kau cakap ni, Fatimah?
"Lah, kan Mama dah masakkan ikan dengan telur untuk Fatimah?"
"Tapi, Mama tak laju."
Adoilah anak daraku seorang. Demanding! Tidak puas hatilah agaknya sebab telur dadar untuk Ameer siap dulu. Itu kira OK-lah ambil masa sepuluh minit untuk masak sambal sardin dan telur dadar. Sudahlah Mama kamu ini buat kerja sebelah tangan sahaja, sebab sebelah tangan lagi mengkelek Maryam. Sampai jari Mama luka-luka terkena hujung tin yang tajam. Nanti Mama suruh puasa baru kamu tahu :-p
5 comments:
as saborin ye kak tini :)
kan ni cita-cita kak tini juga. ada ganjaran Allah bagi tolong uruskan ruman dan anak-anak..
aku tak sesuai jadi surirumah. kurang sabar
siblings rivalry
hehe..kenapa jusmate pulak tetiba??
tapi mmg best duduk rumah..
Da,
Aik.... aku pun garang jugak doh :-)
La,
Itulah pasal. Masak lambat pun boleh jadi issue.
Zilla,
Ehem cik abang suruh kita kurus lah. Yelah, hari2 tgk awek lain kat ofis, cun cun belaka :-p
buat spring cleaning..confirm berpeluh2 macam workout di kelas aerobic. dah habis punggah dan buang yang tak perlu, mop pula lantai tu. sapu sampah ke. sental bilik air ke. aku MC itu je la kerjanya. kihkihkih
Post a Comment