Siri Jimat: Belanja Dapur
>> Monday, October 25, 2010
Disunting bersama tambahan tips pembaca budiman :-)
1. INVENTORI Seperti mana seorang wanita perlu membuat inventori almari supaya tidak membeli dua blaus merah jambu yang sama, seorang pengurus rumahtangga juga perlu membuat inventori dapur untuk mendapat gambaran yang jelas dan tepat tentang stok sedia ada. Lakukan semakan inventori sebelum pergi membeli-belah di pasaraya.
2. SENARAI BARANGAN Apabila sudah membuat semakan inventori, pastinya anda tahu apa yang tiada atau berkurang di dapur. Tulis barangan yang diperlukan di atas kertas. Si celik IT bolehlah gunakan fungsi Nota di dalam telefon bimbit atau gajet-gajet terkini masa kini. Senarai barangan perlu dibawa ketika membeli-belah kerana memori anda bukannya boleh diharap sangat :-p
3. SI PEMBELI Tentukan siapa yang lebih 'dipercayai' untuk pergi membeli-belah. Kalau anda jenis rambang mata dan selalu saja menambah barangan di dalam troli sesuka hati, lupakan sajalah trip ke pasaraya itu. Duduk di rumah lebih menyelamatkan poket. Jika berdegil mahu pergi, baca tips #8.
4. TEMPAT Pilih pasaraya yang menawarkan harga yang berpatutan dan berdekatan dengan rumah. Ketika memilih pasaraya, faktorkan juga kos parkir dan minyak.
5. KEKERAPAN Untuk membeli barangan dalam kuantiti yang banyak, tetapkan trip ke pasaraya sebulan sekali. Jadi tak perlulah berulang-alik ke pasaraya selalu. Kos minyak mahal sekarang, acik-acik sekalian. Untuk pembelian sedikit atau bahan mentah, beli di kedai runcit berhampiran lebih praktikal. Suri rumahtangga seperti saya, boleh tunggu saja pakcik van sayur membunyikan hon vannya ^V^
6. ANAK-ANAK Tinggalkan saja anak-anak di rumah. Banyak cukai kena bayar nanti. Entah apa saja yang mereka masukkan ke dalam troli. Justifikasi mereka sungguh bijak sekali, contohnya ada bakteria jahat di dalam perut jadi saya perlu minum vitagen untuk melawannya, sehingga anda sukar berkata tidak. Jika perlukan momen keluarga, bawa saja mereka ke taman permainan berhampiran. Itu lebih bermakna dari jalan-jalan di pasaraya.
7. PERUT Pastikan anda kenyang sebelum ke pasaraya, barulah bahagia hendak membeli-belah. Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati katanya. Oh sebenarnya, kalau perut kenyang, apabila nampak makanan sedap-sedap di pasaraya, tidaklah nafsu membuak-buak. Sekadar sedang-sedang saja.
Tips dari Farra: Jika tidak sempat makan di rumah, bawa saja bekal makanan ke pasaraya. Terima kasih, Farra! :-)
Tips dari Hanis: Bawa bekal air. Anda boleh jimat kos belanja makan di restoran sekiranya tidak memesan minuman. Terima kasih, Hanis! :-)
8. TETAPKAN IMAN Tadi sudah tulis senarai, bukan? Jadi, ikut sajalah! Tetapkan iman di dada. Butakan mata pada yang tiada dalam senarai. Kecuali kalau barangan tersebut memang betul-betul perlu.
9. BARANGAN KERING Jika barangan kering sedang ditawarkan harga yang murah, beli dalam kuantiti yang banyak. Pastikan ada ruang di dapur untuk menyimpannya.
10. BARANGAN BASAH Tidak kisahlah harganya ditawarkan semurah mana pun, beli sekadar keperluan. Barangan basah tidak tahan lama jadi akan membazir saja kalau tidak dapat dihabiskan.
11. AYAM/DAGING/IKAN Cuci bersih-bersih dan bahagikan kepada beberapa bahagian. Satu bahagian untuk sekali masak. Masukkan di dalam bekas makanan atau plastik ziplock. Simpan di dalam bahagian sejukbeku untuk tahan lama. Tetapi, jika anda yakin boleh menghabiskannya dalam masa seminggu, boleh juga simpan di dalam chiller yang dikhaskan untuk menyimpan daging. Penyimpanan di dalam chiller lebih menjimatkan masa kerana bahan mentah tidak perlu dinyahbeku sebelum dimasak.
12. SAYUR Cuci bersih-bersih dan tos. Simpan di dalam bekas kedap udara untuk kekal segar sehingga satu/dua minggu.
10 comments:
Saya pun mengamalkan tips ke hypermarket sekali sebulan untuk restock makanan basah/keperluan. bayangkan kali terakhir sebelum ini, seminggu sebelum puasa. sekarang baru restock semula..hahaha. itupun satu troli biasa RM150 :X
wah tini...ko leh laa jadi tupperware seller pulak...utk penggunaan daging/ikan/sayur di dlm fridge utk sentiasa segar bugar
majoriti ni saya buat! caiyokkkk
siap buat nasi portugis be4 gi the curve last sunday ehehhe :p
Good tips puan tini...
Lagi satu bawak bekal air minum.Kalau makan kat foodcourt market or mane2x je lah..sgt jimat kalau bwk air pasal air saje dah dekat 10 hinggit utk 3-4 org.
eventho kdg tuh perut dh kenyang tapi selalu dahaga...hehehe
lagi jimat mcm puan farra kite tuh...hehehe..siap bekal makanan skalik..superwomen betul laa farra :)
aini: seminggu sebelum puasa? lamanya stok ko nak habis hehehe.
la: aku sendiri pakai tipuware je. "bekas bening" kata helper SIL aku, which means bekas yg transparent. mudah nak tahu sayur apa since cik mad mcm2 jenis sayur dia nak, and aku asingkan batang and daun in different bekas. dia pun senang nak godeh fridge pagi2 masa buat bekal sandwich ^V^
farra: cayalah!
hanis: OK ngam nanti i edit tambahkan reader's tips ya?
aini - ko skali banjer sebulan 150 jek? biar benar. Aku susu & pampers je dah brape..blom campur bhn basah n kering n biskut2 utk snacking :p
k.tini - brape budget groceries anda sebulan? just wondering...bley dijadikan panduan utk ibu beranak 3 :p
kak tini, itu tandanya malas masak. kihkih. baru ni shopping dalam 200++ la habis. tapi aku dah jarang pergi pasar malam sekarang, sangatlah jarang. kat office pun jarang makan dah.
yati, aku dah tak ada anak nak pakai pampers dgn minum susu dah :D. expenses aku pergi pada education bebudak ni sekarang.
auni & afif x minum susu dah? wahhh idlan still minum tau..mujur dutch lady 123 jek :p
yatipruzz: sekali pegi Giant, which is sebulan sekali, less than RM150. bahan basah beli kat pantai dalam around RM40+ seminggu. diapers pakai CD, susu maryam percuma. pegi giant 80% utk bekalan sekolah ameer i.e. milo kotak, biskut tiger, snacks etc.
aini: tak payah nak susah2 masak. ko beli je, save ur time and energy for family moments with ur kids. mcm aku ni lain ler, dah mmg 24 jam dgn anak2. kalau tak masak, boring lorr... duit pun ciput je hehehe.
Post a Comment