Bonus Kanak-kanak.

>> Monday, November 01, 2010

Eleh! Ingat kamu saja boleh beli permainan kanak-kanak? Acik pun boleh tau! Lagi syok, acik pakai tekan-tekan saja, tak perlu memandu sampai ke Puchong nun. Hehehe... gurau saja dik noooonnn, jangan marah haaaa.


Yang ini, khas untuk Maryam yang tak pernah ada permainan sendiri. Kasihan tsk tsk. Selama ini main permainan abang dan kakaknya yang dah patah riuk sana sini. Ini Vtech First Step Baby Walker. Jenama dari UK, yang mendapat maklum balas pengguna yang sangat baik. Sebab itulah saya beli! Harga runcit RM169.90 tetapi saya beli mainan terpakai ini dengan harga RM88. Sangat menarik sehingga abang dan kakak pun tertarik :-p


Kit Doktor ini pula untuk Fatimah. Ini bukanlah mainan terpakai, dan harganya RM45. Err.. saya rasa ini satu kesilapan kerana Fatimah tidak pandai melakonkan watak seorang doktor. Dia sangat canggung sampai tak tahu nak kata apa. Ah saya dah agak. Sepatutnya belikan patung Barbie saja, itu lebih selamat :-p Apa pun, saya ingatkan kalau beli mainan kayu, lambat sikitlah rosak. Tapi kalau dah namanya Fatimah, tiada mainan yang selamat di tangannya. Hari pertama lagi sudah gagal. Guntingnya tercabut dan baju doktor entah di mana.


Blok kayu berwarna-warni ini tentu saja milik Ameer. Jenama Melissa & Doug. Harganya RM55. Ada 100 keping blok kayu. Mula-mula Ameer buat tak hairan, sibuk tengok video games di youtube. Kelas bukan anak-anakku, pakat tengok youtube semuanya :-p Saya pancing dia. Dia kata tak pandai. Saya balas, "Ala, Ameer ikut saja gambar di kotak." Apabila sudah siap satu bangunan yang tinggi, dia tersenyum bangga. Kemudian, mulalah ketagih. "I built six tall buildings, Mama," katanya. Fatimah dan Maryam juga sukakannya.

Saya rasa sangat berbaloi membeli blok kayu ini. Di samping membina bangunan mengasah daya imaginasi dan kreativiti, saya gunakannya untuk mengajar matematik, bagi mengenal warna, bentuk dan mengira. Misalnya, ketika membina bangunan, saya boleh terangkan kepada anak-anak tentang bentuk blok seperti, ini kuboid, ia mempunyai 4 permukaan rata berbentuk segiempat tepat dan 2 permukaan rata berbentuk segiempat sama. Ia juga mempunyai lapan bucu dan 12 sisi. Wah, saya kedengaran seperti guru bertauliah, bukan? :-p

Semuanya termasuk kos pos berjumlah RM200. Adeh, kopak poket acik. Tapi tak mengapalah. Sekali sekala untuk anak-anak :-)

Acik beli di sini --> Tender Loving Care Toys

Maklumat ini dikongsi oleh Leila Aizura. Kedai maya lain yang boleh anda layari untuk mainan baru atau terpakai -->

Si Kecik Comel
Juai Murah
Macam-macam Ada Shop

Terima kasih, Leila! ^V^

8 comments:

aida 3:20 pm  

mainan omputih kan lama2 pun mcm baru. Tak rosak pun. Anak2 depa main dgn cermat atau mak ayah bg main sekejap2?

Manggapintu 3:49 pm  

atau mainan depa mmg berkualiti tinggi kah?kena baling tak pecah,hehe

sikulat 4:23 pm  

yup.. saya setuju mainan yg berunsurkan blok2 sangat bermanfaat utk anak2 (errr.. ke saya aje ke?) Tapi berbaloi la saya beli lego .. sbb membuatkan Amirul sangat leka bermain dan bercita-cita akan menjadi 'pakar pencipta' bila dah besar nanti.. hehehhehe

Atleast diorang main penuh ngan imaginasi & menghasilkan sesuatu kan. Lain2 mainan.. selalu end up hancurrr.. hihih (although ade jek piece lego yg dah kemek2 di gigit budak2 nih bila nak cabut & pasang balik)

tinidewi 5:20 pm  

aida: aku rasa, yg jenama Vtech ni mmg bagus buatannya. aku baca review, rata-rata ckp anak diorang pakai lama. ada yg sampai 2 tahun gitu. ada sorang tu ckp, dia beli kat carboot, dpt 2 pound tapi masih elok lagi. alang2 ko kat sana, pegi carboot sales, rembatlah branded toys byk2. balik sini laku seh!

liza: tgk brand juga kot.... kalu cap ayam, hampeh gak :-)

sikulat: tapi ai mmg tak sangkalah blok itu menjadi pujaan sbb the toys look so simple kan?

Milky Way 6:10 pm  

artikel yg bagus...apa kata kita promote other blogs yg jual 2nd hand UK toys ni aku sertakan...

http://sikecikcomel.blogspot.com/
http://juaimurah.blogspot.com/
http://macam-macam-ada-shop.blogspot.com/

aida 5:19 am  

aku dah takda nafsu beli mainan. Hahaha. Ni esok nak p amik nintendo wii bid kat ebay dpt gbp95. Org tu pakai 2 kali je. Beli baru gbp 170 beb.

Ni mak aku ajak p borong corelle pulak. Nafsu beli pinggan pun dah mati

SMM 11:58 am  

thanks sbb share the links. saya mmg nak beli blocks tu, hari tu usha kat toys r us, yg 75pc RM75 so kiranya ni lagi murahlah. terus saya email cakap sy interested. tapi apesal kat blog dia tulis harga RM65, tapi akak kata akak beli RM55. ke sbb akak beli byk dia kasi diskaun?

tinidewi 2:17 pm  

mynie... sbb akak beli banyak :-)

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP