Siri Jimat: Lebihan Makanan.
>> Sunday, November 14, 2010
Orang putih cakap, leftovers. Orang Melayu? Entah. Saya terjemah saja secara langsung sebagai lebihan makanan. Kalau salah, harap maaf teehee.
Dulu, saya selalu membuang lebihan makanan. Kurang keupayaan [baca: perkataan baru bagi "malas"] untuk menguruskan lebihan makanan jadi saya ambil jalan mudah dengan membuangnya ke tong sampah. Namun, sejak berhenti kerja, saya tidak lagi membuang lebihan makanan sesuka hati. Dapur mengajar saya bahawa keajaiban boleh dicipta dengan lebihan makanan. Wah, suri berfalsafah nampaknya! :-p
Hampir semua lebihan makanan saya simpan di dalam bekas makanan lutsinar, atau bekas bening bak kata pembantu rumah kakak ipar, dan dimasukkan ke dalam peti sejuk. Hatta sesenduk kuah. Hmm.. apa agaknya yang boleh kita buat dengan sesenduk kuah ya?
PIZZA!
Contohnya, kuah bologne yang tidak habis boleh disapukan di atas sekeping roti, taburkan kepingan sosej/ayam/daging/makanan laut dan keju, kemudian dibakar. Mm mm, sedap sekali dimakan panas-panas.
Atau, katakanlah ada lebihan kuah rendang atau kari. Panaskan kuah dan masukkan daging ayam cincang sehingga masak. Sapukan di atas sekeping roti dan taburkan keju. Aduh mudah dan kebabom sekali!
Selain daripada pizza, lebihan makanan boleh digunakan untuk membuat nasi goreng. Kuah ayam masak merah boleh menggantikan cili giling. Sayur goreng semalam masukkan saja ke dalam nasi goreng. Ayam goreng semalam, atau daging masak kicap kelmarin, semuanya boleh.
Selain daripada lebihan makanan, bahan mentah pun jangan dibuang. Bahagian ayam yang tidak dimakan seperti kaki ayam, leher dan sebagainya boleh dijadikan stok. Begitu juga dengan kulit udang, batang sayuran, bawang yang sudah buruk, cendawan yang sudah menguning, masukkan saja semua lebihan bahan mentah itu ke dalam periuk, isikan air dan jerang di dapur dengan api yang perlahan sehingga mendidih. Kemudian, tos dan simpan stok di dalam peti sejuk. Anda boleh masukkan stok ke dalam masakan anda sebagai perasa. Dengan menggunakan stok, anda dapat mengurangkan penggunaan garam dalam masakan anda. Malah, rasanya pun lebih sedap.
Anda ada idea lain? Kongsilah bersama tinidewi!
11 comments:
roti tu goreng atas kuali atau bakar dulu?
Oh, best kan jd suri ;-). Saya dulu ligat try mcm2 resepi. Best betul.. Skrg ni, msk mana yg sempat je. Kdg2 tak sempat, 'tpaksa' la call delivery, hehe.. *oh rs mcm tiada kaitan dgn ur entry :p*
aida, lps je letak bebahan ko bakar jek! jadilah instant pizza
yer setuju..ekceli mmg gitu la buat piza instant
psl stok..sy mmg tak pernah buat! series talk..kalau sayur dh kuning..mmg buang jek
akak selalu buat...kari tu panaskan sampai jadi serunding...;).Asam pedas...kalau x abis...ambik ikan yang baki tu goreng...sedap sangat.
Beli sayur bila rasa nak makan je...sebab akak sorang je makan...;)
Nasi sejuk jgn buang...gaul2 dgn ragi...simpan 2 hari kat tempat gelap leh buat apam beras.
Kalau rajin leh keringkan...buat keropok beras...sama mcm mee.
kak tini..lebihan makanan dan sisa makanan ni kalau x silap blh dibuat baja .sy pnh tgk dokumentari tu..ni tgh google lagi info..
kalau kari, gulai, sup - panas byk kali makin sedap woo. cicah dgn roti putih pun boleh layan sampai berkeping2.
aida: roti tu tak bakar dulu. letak je semua topping atas roti lepas tu baru bakar. kalo ko takde oven, ko letak je dalam non-stick pan dengan api kecil dan tutup.
baiti: best! :-)
farra: trylah buat stock. lambat skit garam nak habis hoho.
tyha: oooo menarik2.
keep beauty corner: baja? pergh! meraung baunya. kena ada bekas tertutup yg kedap bau hehehe.
ummi: betul betul. arwah abah selalu pegi kedai mamak, minta kari semalam keh3x.
emm...nampak sedap...lapar lah pulak...
emm...nampak sedap...lapar lah pulak...
kak tini.. saya pun pernah baca pasal buat baja organik tu.. tapi kalau rumah atas tanah sesuai la..rumah tingkat2 macam saya ni takde space.. hehe caranya adalah gunakan bekas besar, lepas tu lapiskan dengan daun/rumput dan sisa makanan .. kira berlapis2lah.. ada org yg pernah buat cakap bau dia takdelah sebusuk kalau tinggal dalam tong sampah tu.. tapi tatau la kiranya sebab belum pernah cuba try test lagi la .. :D
sisa2 tepung bancuhan goreng pisang: tambah jintan bagai,jadi le rempeyek.
Post a Comment