PSJL

>> Saturday, November 27, 2010

Aduh merana. Jiwa ragaku tersiksa. Jantungku mahu meletup. Hatiku merintih lirih. Hempeduku rasa masam. Ususku tersimpul lapan belas.

Itulah dia, kawan. Penyakit Sindrom Jalur Lebar. Selalu dihidapi oleh bekas pelajar Multimedia University yang dimanjakan capaian Internet jalur lebar 24 jam sehari di bilik asrama. Percuma lagi.

Di kala ini, rasa macam mahu menyumpah seranah syarikat lama. Kenapa L E M B A P sangat kau nak pasang Streamyx? @$#%!@#%#@(*&^%#!!!!!!

Nota kaki: Sudah seminggu di rumah baru. Pinjam Celcom Broadband adik ipar sebab dah tak tertahan :-p

7 comments:

Ummu Auni 12:11 pm  

dia suruh fokus pada terjemahan gitu..kuikuikui

bak mai alamat penuh dengan no telefon korang. nanti aku pergi sergah TM Point menara...

best ke duk rumah baru?

tinidewi 6:08 pm  

dah ada dah. diorang dah activate port kat exchange bukan nak bagitau. hampeh tol! aku call 100 cakap dah post complete. post complete hapa kalu modem tak pasang lagi. mujur cik abe aku tahu menggodeh modem lama ni haa.

rumah baru? kaki aku cultural shock! turun naik turun naik tangga. pagi2 kaki wobbly :-p

Ummu Auni 6:40 pm  

Exercise tu...moga perjuangan menentang kegemukan berjaya!

aida 6:50 am  

aih best apa umah atas bukit, kasi solid mana patut

ShaFiAti 11:42 am  

lor..aku igtkan ape la tadi..hihih..itulah akibat dimanjakan sejak kecik..padan muke kite semua..haha

Farra Da Smiley 3:03 pm  

meh la i cekkan order u tu..bagi no!

MQ 3:27 pm  

patut la lama tak update..hidup di luar talian rupanya..ekeke..selamat berkemas di rumah baru :))

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP