Hidup Dalam Kegelapan.

>> Friday, December 03, 2010

"Kamu duduk dalam gelap, Tini?" tanya ayah mertua sebaik melangkah masuk ke dalam rumah.

Akak hanya mampu tersengih. Ibu mertua pula yang tolong menyahut, "Jimat bil letrik!"

Apa tidaknya, terbeliak mata tengok bil eletrik bulan lepas untuk rumah yang baru kami duduki. RM600 lebih! Belanja dapur kami sebulan pun tidak sebanyak itu. Maklum saja, rumah ini dilengkapi dengan tiga penghawa dingin. Lampu pula, sekali tekan suis, empat lampu pasang serentak. Suami awal-awal lagi sudah mengharamkan penggunaan penghawa dingin untuk kami anak-beranak. Hanya boleh buka untuk tetamu sahaja. [Kera di hutan disusukan?] Penggunaan lampu dan kipas juga perlu dikawal. Kalau tidak, bernanahlah telinga dengar, "Banyaknya pasang lampu!" Ayat pertama yang keluar dari mulut apabila si dia pulang dari kerja. Bukan, saya rindu awak atau i love you so much atau yang seangkatan dengannya :-p

Masalahnya, dik, rumah dua tingkat, memang gelap. Siang sama gelap macam malam. Lainlah kalau lot hujung yang mempunyai banyak tingkap. Jadi, terpaksalah akak kamu ini duduk bergelap di waktu siang :-)

Tak mengapalah. Belajar hidup dalam gelap. Asalkan hati tetap bercahaya bagai bintang di malam kelam, cewah!

13 comments:

aida 2:01 am  

mak oi mahalnya rm 600.. tapi mmg rumah 2 tingkat agak gelap

y@tipruzz 12:19 pm  

tak jugak. bukak je curtain tu luas2...

tp bil 600...argh kalo sy pon sanggup duk lam gelap!

Lynn 9:15 pm  

my mum bil letrik RM200+ pun bising. padahal I sleep in total darkness + no air con on. basically my room takde on apa jenis letrik pun (except radio as background music hehehe)

ibu auni 9:17 pm  

bil rumah aku 40++ sebulan. RM 600 dahsyatnya!

MQ 4:56 am  

err kenapa ek sampai 600, mmg byk tu..bil rumah saya dgn tv atas bawah, laptop, aircond in master bedroom almost 24hrs, lampu di dapor n living hall bukak sebab gelap even waktu siang, mlm pon tak tutup 1-2 lampu in case emergency, bilnya dlm 200++

maybe sebab rumah kami beli mentol energy saving kot..hehe..jgn jadi macam ibu mertua ku, punya la nak jimat letrik, dia dok bergelap siang2 mcm tu, sampai mata hampir rabun nak buta..

״ ניאו האתר ״ 2:43 pm  

ko cuma seperti ini artikelna?

tinidewi 3:11 pm  

aida: RM600 macam-macam boleh beli kan?

yatipruzz: rumah ni tingkapnya tinted lagi. memang selalu buka langsir tapi masalahnya, lampu tinted malam org boleh nampak dalam, so jenuh nak buka langsir tutup langsir hari2 :-)

lynn: mothers biasalah. nag is the thing that they do. eh, aku mak juga kan?

ibu auni: RM40 langsung aku tak boleh comprehend. korang anak beranak tak tengok TV ke?

MQ: gate pun pakai letrik dik non. and i think, the culprit was the thermopot or something. diorang pasang 24 hrs everyday. aircond pun 2/3 biji pasang 24 hrs. mungkin itu bil time cuti sekolah :-) kat sini pun pakai energy saving mentol :-)

Nida 6:40 pm  

mahalnya bil!! mmg pasang semua air-cond ker sblm ni? Kot2la TNB tersilap kira...hihi. Rumah k.ida di mesia dulu hanya dibenarkan pasang air-cond (AC) malam jer, tu pun hanya pada musim panas n semua kami 6 beranak tido satu bilik, giler punya nak berjimat..haha, kalu x silap bil masa tu RM100+. Aini tu jadik murah sbb siang hari x de org di rumah, letrik mula bekerja selepas Aini balik keje, betul x aini?

MQ 5:17 am  

oohh kalo air cond 2-3 bijik n pasang 24hrs mmg lojik la 200x3, and yes mmg thermopot tu byk pakai letrik..dah byk kawan2 yg kena bil mahal dek kerana thermopot tu..kalo setakat lampu di pasang siang hari rsanya bukan penyebab bil letrik mencanak naik..huhu..

hanis 7:38 am  

mau tak terkejut bil lektrik RM600!

Fuhhh berpeluh nak membayarnya..kalau kamilaaa

Biasa umah ai yg kecik molek ni tak lebih RM40 laa...selalu2x RM30 jek...kalo jejak 35 pun cik abe bising doh...(ni nak cite pasai org bil 600 nih...bru dia tak berleter lebih2x :))

benda alah yg tpt masak air+simpan air tuh kami mmg on hanya bila diperlukan aje...mostly pagi2x...lepaih tu tutup...(baik guna cerek ekk hehehehe) tp tulah sbb nmpak cantikkan nak jugak pakai...hahahaha

anyway. ..berjimat-cermat kan amalan mulia...kalo membazir nanti jadi member syaitan...so jomlah kita jimat lektrik dan apa2x yg seangkatan dgnnya sama2x yek :)

Ummu Auni 7:47 pm  

saya pasang TV. duk rumah balik je, bedebuk budak ni buka TV sampai nak tidur. fan kat living room rosak, lepas tu ayahanda ku baiki, terus jadi berputar pada kadar kelajuan 5..fuh..rambut pun terbang.

lampu duk dlm rumah, siang2 pun pasang..gelap lah..semenjak masuk internet ni, gigih on laptop

aku kalau tengok bil lebih RM 50 sure terkejut.

jangan tengok aku, si farra tu bil RM 20 lebih je sebulan. macam mana dia orang boleh manage pun aku takdak idea.

Farra Da Smiley 9:36 pm  

btol ke 600? silap kot!! 1st time dgr ni!!!! cek2 balik & dispute! wakakak

Farra Da Smiley 9:39 pm  

kami jarang on TV..boleh jual je tv ni balik..kalau bil tinggi pon salunya byk baking! guna oven byk huhu

bil terkini rm60 purata sbb thn ni dh pasang aircond kat 2 bilik..tp pasang aircond ms nak tido jek eheh

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP