Insya-Allah.

>> Sunday, December 26, 2010

Kisah ini sudah seminggu tertangguh :-)

Ketika itu hampir jam 3 petang. Akak berada di dapur. Maklumlah suri, asyik ke dapur saja :-)

Tiba-tiba terdengar orang memberi salam di dalam rumah. Mulalah cuak. Pencuri zaman sekarang pakai ilmu apa ceroboh rumah orang beri salam? Berimankah? Kalau beriman, tentu tak jadi pencuri.

Akak pun menjenguk ke ruang makan. Nampak sebatang tubuh kurus di pangkal tangga, sedang membuka baju sejuk. Baju dan seluarnya terlalu gedoboh. Amboi, pencuri pakai kopiah?

Apabila kuamati, suami sendiri rupanya hehe. Akak selalu buat-buat lupa suami akak dah kurus :tak dapat menerima kenyataan:

"Aik? Kenapa balik?"
"Kaki terpelecok."
"Laaa... macam mana boleh terpelecok?"
"Dekat gim tadi. Saya lompat ambil beg atas almari. Ada mamat letak kasut merata atas lantai. Saya mendarat atas kasut dia, terus terpeliot."
"Oooo..."
"Salah sendiri sebenarnya. Bos tanya tadi, ada di ofis atau tidak minggu ini? Saya cakap lapang sepanjang minggu." Dia tersenyum mengejek diri.
"Tak cakap insya-Allah?"
"Tak."
"Oooo..."
"Yakin sangat. Sebab itulah Allah bagi peringatan. Entah-entah, satu minggu kena rehat di rumah."

Begitulah, kawan-kawan. Kuasa perkataan insya-Allah. Jadi, janganlah kita jadi manusia yang sombong. Tuturlah percakapan yang baik :-)

3 comments:

aida 2:13 am  

Mc seminggukah? Moga cepat sembuh, insya Allah

Mynie 1:11 pm  

terima kasih berkongsi peringatan..

tinidewi 1:09 am  

aida: MC hampir seminggu. Doc kedekut bagi MC. kena pegi klinik everyday utk dptkan MC. ni dah 2 minggu, dah OK tapi masih berdikit2berjalan.

mynie: sharing is caring kata org :-)

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP