Terubat Rindu.
>> Thursday, December 23, 2010
Bertemu Cik Pisi setelah seminggu lebih berjauhan, Ameer betul-betul memaksimakan setiap saat bersamanya. Berteleku menatap wajah Cik Pisi dari awal membuka mata hingga pelupuk mata tiada daya menahan kantuk. Lupa makan, lupa minum. Tidak berbunyi langsung mulutnya bertanya khabar orang dapur, "Mama masak apa? Saya lapar." Makan terpaksa disuruh-suruh. Kalau tidak, alamat jadi macam budak Korea yang kiok setelah tiga hari tiga malam menghadap komputer.
Mama pula dapat teman baru yang ganteng sekali, En. Laptop :-) Terima kasih kepada syarikat yang menyewa rumah kami di Seksyen 14, PJ, yang membayar 2 bulan sewa deposit. Kami cuma minta sebulan, tapi mereka beria-ia nak bayar 2 bulan. Kontrak pula 2 tahun. Rezeki jangan ditolak kata orang hehehe....
6 comments:
baru beli ke?
tahniah ada org sewa.. rezeki tu
ummu auni: laptop ke? haah, terpaksa beli sebab hubby aku boring satu PC je kat rumah... laptop dia kan hilang hari tu.
aida: itulah tu. sebenarnya ada cerita di sebalik, nanti aku tulis insya allah.
kak tini,
syarikat sewa rumah utk buat apa, ya? curious pulak hehe.. dia buat jadi pejabat ke jadi quarters pekerja dia? ke apa?
mynie: utk staff residence. biasalah, trick nak kurangkan cukai hehe. siap nak pasangkan aircond... minta2 diorang keluar nanti tak cabut aircond hehehe.
alhamdulilahhhh...rezeki mung!s
Post a Comment