Ameer dan Pendidikan Jasmani.

>> Tuesday, January 18, 2011

"Tadi masa PJ, main apa?"
"Entah."
"Aik? Kenapa entah?"
"Eh, tak, tak. Erm, cuma dengar cikgu cakap saja. Haa betullah. Dengar cikgu cakap."
"Laaa... kenapa?"
"Sebab ramai yang tak pakai baju sukan."
"Oooo... ramai sangat ke yang tak bawa?"
"Ramai. Ada dua belas orang. Haa betullah, dua belas tak bawa baju sukan."
"Ish, Mama diorang tak sediakan ke?"
"Entahlah. Tak sempat basuh kot."

Pause. Ahkak mengewah-ewahkan diri. Pandai kamu mengata ibu-ibu yang lain, ya Hartini? Mentang-mentanglah kamu suri rumah tangga. Entah-entah ibu bapa mereka tidak sempat belikan baju sukan kerana sibuk bekerja, apatah lagi pihak sekolah baru saja memberitahu warna rumah sukan. Lainlah kamu, ada banyak masa senggang untuk menjengah koperasi sekolah.

Ingatkan habis di situ saja. Alih-alih, Ameer menyambung lagi.

"Kenapa diorang tak beli dua baju sukan macam saya?"

Ewah-ewah. Kamu pun sudah pandai mengata orang? Mama saja boleh. Jangan ikut akhlak Mama yang tidak layak dijadikan ikutan. Kamu masih suci dan murni, hati yang bersih sukar dicari. Eh, macam iklan pelembut pakaian pula :-p

4 comments:

aida 2:53 am  

Kalau takde baju sukan tu, gamaknya anak aku la tu

ummi 10:58 pm  

iya betul. banyak benda boleh dibuat untuk anak2, demi anak2 bila x bekerja asal pandai kawal diri dan masa. ku cuma tinggal 5 bulan lagi *gasp*

Iman pulak, PJ pertama dah kena prektis larian integrasi yang agak jauh. tengah lari2, hujan pulak. siannya anak ai.

tinidewi 9:02 am  

aida: semalam terdengar seorang ibu panggil anak dia tengah berasak2 nak naik van sekolah. terkejut anak dia tengok mak dia datang. lepas tu aku dengar, "tshirt baju sukan dah habis, pakai tshirt putih sajalah, ya?" ko takpe, darurat hehe.

ummi: uhuk uhuk, nak join the club juga kah?

Ummu Auni 10:42 am  

anak aida dah beres la semua. dengar cerita atuk dia, duk menangis tak ada buku no 16. lepas tu atuk tolong gi beli di koop sekolah. cikgu kata dah cakap dengan fawwaz lama dah...dia tak beritahu atuk lah tu

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP