Persekolahan Anak-Anak.

>> Saturday, January 01, 2011

Ameer:
Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 Shah Alam [Tahun 2]
Bayaran tambahan persekolahan = RM48.50
Sumbangan PIBG = RM50
Keperluan murid = RM19 (Tidak termasuk buku, tshirt sukan dan lencana sekolah)
Jumlah kasar = 117.50

Sekolah Agama Islam Darul Quran Seksyen 7 Shah Alam [Tahun 2]
Yuran Pendaftaran = RM295
Buku teks = RM40.05
Jumlah kasar = RM335.05
Yuran bulanan = RM75 (Sekolah agama swasta yang berdaftar dengan JAIS)

Fatimah:
Tadika Tunas Bestari Seksyen 7 Shah Alam [6 Tahun]
Yuran pendaftaran = RM765
Yuran bulanan = RM160

Aik? Sekolah tadika yang paling mahal? Hehe... Oleh itu kawan-kawan, kalau anak sudah berumur 5 tahun, cepat-cepatlah mendaftar ke prasekolah kerajaan. Maklum saja murah, memang cepat penuh! Ini pun akak cari tadika yang murah. Di Shah Alam, tadikanya mahal-mahal belaka. Yuran bulanan rata-rata RM300. Alhamdulillah, Allah nampakkan kepada kami tadika yang yurannya berpatutan. Islamik dan berdekatan dengan surau. Alhamdulillah sekali lagi, ada sekolah agama swasta berdekatan tadika itu dan harganya juga berpatutan. Akak berazam, selepas ambil Ameer di sekolah rendah, kami lepak surau itu sahaja sementara menunggu sesi persekolahan sekolah agama untuk belajar mengaji. Pak Menteri dah bagi lampu hijau untuk makan tengahari di kedai berdekatan, tapi...

Bawa bekal air katanya :-)

16 comments:

y@tipruzz 1:23 pm  

murah tu rm160. tadika anak saya rm300 utk baby, utk budak besar rm250.

knv 1:37 pm  

eh skolah darul quran tu kat mana ek? dekat surau al islah ke?

Farra Da Smiley 2:28 pm  

Mahalnyer yuran tadika tu! My PASTI sek tadika mawaddah yuran 470, bulanan 80 . Btol la kot akak kata area s. Alam mahal
Sek agama tu swasta patutla mahal gak
Sek kat sini kira murah

tinidewi 3:12 pm  

yatipruzz: RM160 untuk half day tau, bukan full day :-)

knv: kat tasik tu kak non, google jalan platinum E7/E, dekat dengan surau mawaddah.

farra: PASTI sini RM100 :-)

ummi 6:21 pm  

sek agama RM75? mahal gak tu. ni bukan KAFA yer? my doter nyer KAFA just RM30 per month.

tadika gomen tu ada minimum salary parents kan, baru boleh masuk. me next yr mgkn tak byk sgt belanja since my eldest 2 kat sek keb gomen and yang kecik belum tadika and we'll be bibikless for the next 1-2 months. Iman pun pegi terapi kat HUKM, very2 minimal charges. sesuai lah utk temporary single income family like us.

Ummu Auni 11:33 am  

KAFA RM 30? Auni pergi KAFA last year, RM 20 sebulan. tadika afif RM 130 sebulan. tahun ni naik RM 150. ibunya telan air liur. mujur elaun anak dari bapa, ibu tolong kira :P. mudah-mudahan bapanya tak lupa anak2 bila dah kawin lain nanti :P

tinidewi 9:40 am  

ummi: bukan, ni bukan KAFA integrasi. KAFA integrasi at least still ada bantuan kewangan. this is totally private :-) tadika gomen i tak berapa pasti, kena tanya knv sebab anak dia masuk tadika gomen katanya.

ummu auni: pergh murah KAFA kat gombak. ameer punya RM35 masa kat PJ last year. tadika afif tu half day ke full? sini full day RM600 OK? gilo tak gilo...

knv 9:45 am  

prasekolah gomen tengok kawasan. kalau banyak application depa saring ikut tangga gaji makpak.

macam akak apply di sekolah seksyen 9 shah alam. since depa bukak 3 kelas for this year so memang banyak kosong lagi. terus je dapat masa apply tu walaupun dah last minit sangat. rupa2nya memang depa tengah cari student 5-6 years lagi. alhamdulillah la gitu.

tapi ni nak kena cari kelas ngaji la jugak kot untuk arina.

Ummu Auni 10:33 am  

half day la...RM 150 tadika + RM 180 nursery = RM 330.

kalau RM 150 full day, murah sangat hehehe :P

tinidewi 11:16 am  

knv: lepas skool, arina duduk mana? daycare tu takde mengaji ke? tadika yg fatimah pergi ada mengaji utk after skool. RM20 kot? tak hengat....

Tyha 1:52 pm  

Sib baik sini ada Tadika U...staff dapat sponsor dari UIA...semua sekli rm190 sebulan.Tahunan dlm RM160 untuk alat tulis dan ada ura2 charge akan dinaikkan.X kisahlah kalau naik pon my be RM250...still murah dari tempat2 lainkan untuk satu hari penjagaan. Najmi punya sekolah agama sebulan RM75,tahunan RM450. Skang ni mana2 nak belajar pon duitkan...murah ngan mahal jelah yang kena ukur poket...;)

Ummu Auni 2:33 pm  

Tiara tots di TM ni, harganya RM 150 sebulan full day. tapi berebut nak masuk...masa mengandung dah kena register. kenapa tak pilih? sebab jauh dari rumah, memikirkan penatnya anak merentas jalan untuk balik rumah. mujur tak masukkan, kalau tak mahu asyik kena stayback....

tinidewi 9:00 pm  

tyha: rezeki tu :-)

ummu auni: mana ada stayback. tiara tots tak benarkan O.T. by six dah kena pick up kanak-kanak. mgmt baru tatau lah.

Zuraimah Ismail 1:44 pm  

prasekolah validate gaji mak pak...aritu dah try..x dpt..huhuhu

yuszbee 10:03 pm  

As-salam, U hantar anak ke sekolah agama swaasta darul quran tuh..macam mana prestasi sekolah nya...ok ker..waktu sekolahnya panjang tak...ada perkhidmatan pengangkutan tak...saya sedang cari sekolah agama untuk anak saya.

Unknown 12:18 pm  

Salam,

Sekolah rendah agama tu, kt mna yer? Seksyen 7 dkt which area?

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP