Hari Pertama Sekolah.

>> Monday, January 03, 2011

Amboi! Bersinar-sinar muka Ameer pagi ini. Matanya bercahaya. Pipi gebunya tampak licin dan memancar. Yang pelik, mudah pula bangun walaupun sudah berbulan-bulan tak pernah bangun pagi. Tentu tak terasa dinginnya naik motor dek hati yang bahagia.

Fatimah pula, sangat bersemangat. Berkali-kali tanya Mama bila nak pergi sekolah. Nanti lambat katanya. Adeh, Mama nak golek-golek sekejap dengan Maryam pun tak boleh. Terpaksa Mama mandi pagi-pagi [oppss, pecah rahsia tak suka mandi pagi, sejuk bbrr]

Tengoklah gaya Fatimah mahu ke sekolah. Lengkap bertudung, berkasut putih, dan berbeg merah jambu :-)


Namun, alangkah kasihannya anak Mama. Dah siap masuk kereta, kereta pula tak mahu hidup enjinnya. Puas Mama pusing engkol enjin :-(

Kecewa benar sampai terus tertidur di atas sofa di ruang tamu. Tsk. Maafkan Mama, sayang....

6 comments:

Farra Da Smiley 11:39 am  

dah tu depa gi school naik apa?

blogadmin 12:06 pm  

comeynyee dia...

tinidewi 1:29 pm  

farra: abangnya dah pegi dulu naik moto, kitorang pegi kemudian, tu yg baru tau kereta rosak.

hanis: mak dia dulu macam ni juga masa kecik he he he.

Tyha 1:44 pm  

so x sekolahlah ye fatimah ari ni...;)

Farra Da Smiley 3:12 pm  

ha same Q: fatimah sekolah ke tak ek today?

tinidewi 6:02 pm  

k,tyha & farra: ye tak sekolah :-) ayahnya sibuk menguruskan hari pertama ameer at his new school, and betulkan kereta.

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP