Tinidewi Giveaway.

>> Sunday, January 30, 2011

~~ENTRI MELEKAT. SKROL KE BAWAH UNTUK ENTRI TERKINI~~


TTM yang menyertai (sehingga 30 Januari 2011):
1. Aida
2. Hanis
3. Aini
4. Mynie
5. Sikulat
6. CT
7. K.Ida
8. Mama2nur
9. Hilyati

Saja saja suka suka. Kalau nak join, ini hadiahnya. Ada empat, jadi empatlah pemenangnya.

#1: Cardigan putih
#2: Inner shirt putih
#3: Cardigan hitam
#4: Inner shirt hitam

Memandangkan akak malas mahu ambil gambar, akak pow saja En. Google. Ini sebagai contoh saja, bukanlah rupa bentuk hadiah sebenar. Jangan kamu demand sebiji sejiban macam ini pula.

Pic googled. Mungkin ada baju yang kita tak tertahan nak beli juga walaupun lengannya pendek [atau tiada lengan langsung!], jadi pakai cardigan untuk menjadikan pakaian lebih mesra hijabi. Harap maklum ya, hadiah yang akan diberikan tiada poket, dan butangnya hanya satu.

Pic googled. Ini pula inner shirt. Konsepnya seperti cardigan juga, cuma inner dipakai di dalam. Hadiah giveaway sahih tiada reben-reben seperti itu.

Satu akak nak pesan, kalau nak pakai inner, janganlah dipakai dengan string dress kemudian tudungnya pendek sependek ekor arnab. Tidak mesra alamlah, dik. Tudungnya biar labuh-labuh, menutupi dada :-)

Pic googled. Kalau bayi yang pakai string dress, tak mengapa. Comel. Lagipun, dada mereka masih daratan tandus :-p

Eh banyak membebel pula, ya? Maaflah dik, kalau terasa. Almaklum kalau anak dah tiga, automatik kuat membebel, dik. OKlah, jadi macam mana mahu join?

Senang saja, cuma jadi friend akak, tu tu ada kat tepi sebelah kanan blog, kamu klik saja mahu jadi friend, ya? Kemudian, kamu letak link blog akak ini di blog kamu. Kemudian, jangan lupa beritahu rakan-rakan tentang giveaway ini di dalam blog kamu. Beritahu akak juga, OK?

Ha, itu saja. Senang, bukan? Jom saja saja suka suka join giveaway ini! ^V^

Giveaway berakhir 30 Januari 2011 dan pemenang akan ditentukan menggunakan kaedah algoritma melalui laman web random.org.

13 comments:

aida 5:02 pm  

ok aku dah lama jadi friend hang.. ekekek, kire valid masuk contest

kak tini, update2 progress menentang kegemukan...

blogadmin 5:06 pm  

akaksss,

rasa2x dakulah orang pertama join giveaway ni.(memang nampak sungguh tamak haloba hehehehe)

syarat2x sudah kupenuhi...link ke teratakmu memang sudah berada di teratakku sekian lama...hehehe

cuma baru ku perasan,daku tidak "memfollow" kamu selama ini...maaf deh..

kepingin sungguh dgn cardigan hitam...moga2x menjadi milikku nanti....hehehhe

syida 11:49 am  

before aku join, aku nak tanya, saiz cardigan tu muat tak dgn aku? hahaha. tanak kecewa di kemudian hari. Haha :P

tinidewi 8:12 am  

aida: aci aci. tapi, kena tulis kat blog pasal giveaway ni. tulis karangan pendek je, takyah berjela-jela. asal tunjuk link, sudah.

hanis: OK ngam ngam. semoga dapat cardigan itu :-)

syida: cardigan tu memeri, free size. tapi paham-pahamlah baju yg boleh stretch ni kalau saiz istimewa macam aku ni yang pakai hehehe. kaver dengan tudung besar :-)

Ummu Auni 8:31 pm  

ok ok aku nak join :P

SMM 1:21 pm  

link mmg dah ada kat blog saya.. meh saya klik jadi follower pulak. sebenarnya sy baca blog ramai org tapi tak jadi 'follower' sbb saya lebih suka baca direct dr blog diorg berbanding baca selonggok semua dlm reader...

tinidewi 10:53 am  

mynie,
link awak pun kak dah taruh....

asmasalleh 12:35 pm  

akak.. saya join ye.. nak gak giveaway..

Zuraimah Ismail 3:00 pm  

nak adiah tu jugak....esok kite wat entry kalo sempat..hihihi

Nida 8:36 pm  

kita pon dah lama jadik kawan awak n dah lama letak link awak..eh! baru kita teringat, kita link tanpa izin dolu..hihi..so entry ni kita anggap sbg keizinanlah yer. errrr...org mesia yg dok luor dr mesia layak ke join?;)

tinidewi 9:42 pm  

sikulat: OK, ngam lah. ai dah masukkan dalam TTM list nyeh3x.

CT: cepat-cepat. lepas tulis, habaq mai.

k.ida: nyeh3x. masuk je, kalu menang kita tengok mcm mana nak pass :wink:

mama2nur 10:47 pm  

kak tini, sy pon nak join tau.. :) link akak mmg dah ada kt blog sy.. sy da jadi follower blog akak & sy dah tulis entry pasal giveaway ni kt blog sy.. dah cukup semua syarat kn?

y@tipruzz 11:52 am  

erkkk saya dah join, tak sure lepas syarat ke tak..sbb saya pakai copy paste je link akak, nk buat link cantik2 tak reti wakakaka...harap diterima ye bos!

:)

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP