Dan Pemenangnya Ialah....
>> Monday, January 31, 2011
Kamu semua!!!
Ha, nama pun giveaway saja saja suka suka. Memandangkan hanya sembilan orang yang menyertainya, saya memutuskan bahawa semua orang akan dapat hadiah. Menarik, bukan?
Siapa dapat hadiah apa, pun ikut suka suka. Konsepnya, siapa cepat dia dapat. Jadi, apa lagi? Cepatlah komen di ruang komentar dengan segera sebelum hadiah yang berkenan di hati dirembat orang lain!
Senarai hadiah seperti berikut:
#1: Cardigan putih - Hilyati
#2: Inner shirt putih - Aini
#3: Inner shirt putih - Semah
#4: Inner shirt hitam - Mama2nur
#5: Arm cover bunga-bunga
#6: Arm cover putih - Mynie
#7: Arm cover hijau muda pucuk pisang
#8: Arm cover diamond
Eh, kenapa hadiah cuma lapan sedangkan pesertanya ada sembilan? Tsk tsk. Ini yang sedih nak beritahu. Penat sudah kumencari seluruh pelosok rumah ini, tetap cardigan hitam itu tidak kutemui. Entah di manakah dikau, wahai cardigan tsk tsk. Oleh kerana Puan Hanis awal-awal lagi sudah mengecop [maaf, kesalahan tatabahasa disengajakan] cardigan hitam itu, saya mahu mohon ampun dan maaf dari hujung rambut ke hujung kaki. Tsk tsk, drama pula. Istimewa buat Puan Hanis, saya akan gantikan dengan sehelai tshirt muslimah berjenama Sinar Inspirasi. Nanti puan emelkan saya saiznya, O.K.?
Buat para pemenang [atau suami] yang berada sekitar Menara TM, sila tuntut hadiah anda dengan En. Ahmad mulai Isnin, 7 Februari. En. Ahmad boleh dihubungi melalui emel ahmad.alias[at]tm.com.my.
Peserta lain yang berada di Malaysia boleh menghubungi saya melalui emel hartinidewi[at]hotmail.com, manakala yang di luar Malaysia, ahem anda tahu siapa anda, emel saya selepas kamu pulang sahaja HAHAHA. Sekadar bergurau ^V^ Saya simpan dahulu hadiah ini O.K.? Manalah tahu boleh kumpul hadiah-hadiah lain sepanjang tahun 2011 ini.
Oh ya, mahu lihat juga hadiah istimewa untuk Si Kembar Dua kerana berjaya mencapai target penurunan berat badan? Sudah lama saya perap. Asyik terlupa sahaja hehe.
Oppss, dress saja O.K.? Jaket dan tudung itu sekadar rekomendasi padanan :-)
Terima kasih kerana menyertai giveaway saja saja suka suka ini. Nantikan giveaway akan datang. Pastinya menyediakan hadiah-hadiah menarik untuk seisi keluarga. Sedikit hint untuk giveaway bulan Februari, hadiahnya khusus untuk si kecil anda yang kuat berangan :-)
20 comments:
Wah baju tu, hehe! Motivasi untuk aku tu
cop cardigan putih bley? kalo dh ade org, sy cop inner putih...tq kak muahhhss!
aida: chaiyok chaiyok!
yati: cop mengecop kat sini je, senang dan telus gitu. so awaklah yg dpt cardigan putih tu hehehe...
cop inner shirt hitam la gitu.. :)
ala.. lambat.. nak cardigan gak.. huhuh.. inner shirt itam ada laie ke?
tahniah kpd pemenang!
ala...i pantang aa last wk tak sempat join ..nnti buat lg ek :p
yeye dpt cardigan putih luv u kak! terubat hati sbb cardigan biru gelap saya dah lama MIA ntah ke mane huhu
cop inner putih. boleh ke?
ha, dress tu nak juga..minta ahmad bawa, kekeke..nanti aku call dia, pergi ambil. next week eh?
nak arm cover putih. thank you! generousnya kak tini sebab tambah hadiah supaya semua peserta dapat :)
saya punya tolong pass kat aini (thru en ahmad, who i presume is you hubby).
aini, minta tolong ya? bila2 nak pass buku swap (tak urgent), boleh include sekali. jimat duit pos kak tini :)
mama2nur: orait! tapi kita simpan dulu ek? kalau pegi kajang, kita bawa sekali.
sikulat: inner hitam dah kena cop. inner putih ada satu lagi, nak?
farra: takpe, takpe... esok ada giveaway lagi hehehe.
yatipruzz: cardigan ke jacket beb? yang denim itu kah?
aini: rabu dia keje kot. takde pun cakap cuti atau wajib cuti.
mynie: pindah rumah jumpa banyak barang yang tak dipakai pun. nilah, gi shopping tak hengat :-p psstt.. semalam training OK tak?
kak tini,
dah tulis emel kat akak cerita pasal smlm... baca jgn tak baca :)
ari ni baru ingat nak update blog ttg giveaway tu, tup! tup! dah tau pemenang...hiiiii.. Soriler cik adik, jadik surirumah nih, haribulan pun x tau bila..heh. malu aaaa..nak claim hadiah sbb x promote pon giveaway tu..tapi, kalau nak simpan gak bolehla k.ida gi ambik balik cuti bulan 6 nanti..kihkihkih..(weh, x malu sungguh akak sorang nih). Actuallynya ingat nak tgk tudung yg tini jual bila balik nanti..ada lg ke? Nak carik yg tutup dada, my SIL kirim yg ala2 sekejap tertutup/sekejap terbukak dada.
kak tini.. :) nak nak..
kak tini, cuti 1TM tu untuk division kritikal macam en ahmad, dibatalkan, tapi dia boleh buat replacement one day leave. eh eh kak tini, nanti minta tolong ahmad bawa stok tudung fateema tu (tutup dada). aku tension tengok sekarang, orang jual tudung ada manik..argh!!
ops, boleh je mynie. nanti mynie bersalin, beritahu ye, hehehe..boleh pergi bangi :-)
kak tini, ok.. simpan dulu.. nt bawak bile2 dtg kajang.. tq!
ooppsss... sori uolzz, cik mat cutilah hari ni hehe... so, isnin lah yek claim :-)
isnin la kak tini. tudung sekali ek..aku pun cuti :-)
tudung? tudung mana?
puan tini :
wahhh jauh ketinggalan sungguh dah saya ni...semua dah mengklaim hadiah rupenye...hehehe..
busy kat kg...ni hari ni baru tgk lappy balik...berabuk pun yek...seminggu lebih tak berusik...
tapi rasa terharu sgt pasal cardigan hitam tu tetap dikhaskan utk saya...walaupun tak ada...hihihihi..takde rezkilaa tu kan...siap nak diganti dgn t-shirt muslimah....aduh sgt2x pemurah puan tini ni...
moga ALLAH membalas dgn rezki bisnes yg melimpah-limpah tahun ni yek puan tini....
syukran...syukran.. :)
Post a Comment